Friday, September 16, 2011

Zainal Kling pun kaki putar sejarah?

[DARI MEJA IBM]  - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG SAYA MULIAKAN
Kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling mengenai sejarah Tanah Melayu tidak pernah di jajah oleh British, mengelirukan orang ramai. Dari segi mana yang beliau maksudkan itu?

Bagaimana pula dengan peninggalan bekas-bekas sejarah yang terdapat di beberapa buah negeri?..adakah itu bukan sejarah yang tanah melayu pernah di jajah?

Kenyataan dari Dr Zainal Kling itu, membuat Komando 69 membidas dan kenyataan tersebut adalah tidak benar. Berikut kenyataan Komando 69 di akhbar semalam :

 Tugu Peringatan Francis Light di Pulau Pinang

Bekas Anggota Komando 69 Bidas Kenyataan Zainal Kling
KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota Komando 69, membidas kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang mendakwa kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.
DSP (B) Mohd Noor Razak berkata kenyataan itu cukup mengelirukan rakyat negara ini yang sudah maklum tentang sejarah penjajahan Inggeris di negara ini.
Beliau berkata, kenyataan Zainal juga tidak tepat kerana proses penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada waktu itu berlaku dalam banyak bentuk.
Terdapat batu sempadan lama antara Siam dan Inggeris di Pulau Pinang, bukankah itu sejarah? 

Katanya, perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan telah lama berlaku dalam negara ini dan kenyataan Zainal seolah-olah memperlihatkan gerakan mendapatkan kemerdekaan oleh para pejuang negara tidak relevan.
"Sememangnya Tanah Melayu pernah dijajah. Jika kita tidak dijajah, apa perlunya kita dapatkan kemerdekaan? Apakah tujuan sebenarnya kenyataan mengelirukan itu dikeluarkan..." katanya dalam Program Kerusi Panas, terbitan Radio24 di Wisma Bernama.
Mohd Noor turut menggesa rakyat di negara ini supaya tidak menaruh perasaan prejudis terhadap masyarakat Cina hanya disebabkan segelintir daripada mereka pernah terlibat dalam gerakan yang hampir menghancurkan negara satu ketika dahulu.
Juga terdapat rumah Api Penang Harbour di Pulau Pinang, pun bukan sejarah inggeris di Tanah Melayu ke? 
Katanya, tanggapan bahawa Komunis adalah orang Cina dan orang Cina adalah Komunis merupakan satu persepsi yang sempit, salah dan tidak kena pada tempatnya.
Menurutnya, bukan semua masyarakat Cina terbabit dalam gerakan Komunis dan mereka sebenarnya telah memberikan banyak sumbangan dalam pasukan polis dan cawangan khas dari aspek perisikan semasa berlakunya pemberontakan Komunis di Tanah Melayu ketika itu.
"Malahan dalam pasukan polis dan cawangan khas umpamanya, banyak keanggotaan juga datang dari masyarakatCina," tegas beliau. - BERNAMA

Dr Zainal kling kena perjelaskan akan isu ini. Jangan buat rakyat keliru dan menuduh bahaw Kerajaan cuba menyembunyikan fakta-fakta sejarah, kerana ini akan membuat pembangkang mudah memutar belit sejarah. IBM faham, Dr Zainal lebih arif tentang hal ini. So, pls...Doc...jelaskan hal yang sebenarnya. Bukti-bukti telah saya paparkan seperti gambar-gambar yang di atas. ikhlas dari saya : IBM ~

2 comments:

  1. pada 31 ogos 1957 tunku abdul rahman telah berteriak "merdeka, merdeka. merdeka" dan disambut dgn teriakan yg sama oleh rakyat. kalau tak pernah dijajah, kenapa tunku berteriak? tunku sakit otak ke masa tu? rakyatpun sakit otak juga ke? dr zalnal ada penjelasan mudah tentang itu?

    ReplyDelete
  2. usin...

    Salam. Ya betul. Dr Zainal Kling kena beri penjelasan agar rakyat tidak keliru. Sia-sia sahaja Tunku berteriak, 'merdeka,merdeka, setelah kita bebas dari penjajahan inggeris, tapi, tiba2 ada pulak pihak yg mengatakan Tanah melayu tidak pernah di jajah. Yang mana satu benar ni?...so, Dr Zainal, pls explain....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...