Monday, September 26, 2011

MCA, Gerakan memang ada hati bantu DAP...

[DARI MEJA IBM] - Blog yang tidur-tidur ayam
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



IBM menyokong penuh dengan apa yang disuarakan oleh mantan PM kita, Tun Dr Mahathir yang mendakwa MCA dan Gerakan tidak mempunyai 'semangat Barisan Nasional (BN)' apabila mereka mengeluarkan kenyataan sanggup berpisah dengan UMNO sekirannya parti kita melaksanakan hukum 'hudud'.

Mereka, MCA dan Gerakan tidak perlu membuat kenyataan yang sedemikian rupa kerana UMNO tetap dengan pendiriannya tidak akan bersetuju dengan Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Ini bukan bermakna UMNO anti hudud, tapi belum sesuai buat masa ini. 

IBM membuat pendirian ini, kerana apa yang dikatakan oleh mantan PM kita itu ada lojiknya. MCA dan Gerakan seolah-olah ingin mencari pasal dan sengaja nak cari pecah-belah supaya mereka boleh keluar dan menolong DAP. Perkara ini memang IBM dah dapat hidu dan rasakan bahawa MCA dan Gerakan memang ada membuat perjumpaan dan berbincang secara sulit dan merancangkan sesuatu.

Dengan itu, mereka mengambil kesempatan dengan isu hudud ini untuk berpisah dengan UMNO/Barisan Nasional (BN). Bagi IBM, sekiranya itu yang mereka mahu, dan jika mereka beranggapan karier politik parti mereka tidak selamat bersama dengan Barisan Nasional (BN)..silakanlah.....tinggalkanlah dan keluarlah dengan segala hormatnya. 

Komen saya senang je. Kalau Cina tu, tetap Cina, dia akan sokong bangsanya juga. IBM bukan anti Cina, tapi ada lojiknya. Berbeza kita orang-orang melayu, sanggup bermasam muka dan hilang saudara semata-mata kerana berbeza idealogi politik. Maka, fikir-fikirkanlah sebelum terlambat. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...