ASSALAM MUALAIKUM SEMUA PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
Laporan demi laporan telah dibuat ke pada pihak Polis terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu@Mat Sabun kerana kenyataanya bahawa penyerang anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam 'tragedi Bukit Kepong' itulah hero sebenar.
Kenyataan Mat Sabu tersebut mendatangkan kemarahan orang ramai, termasuklah para pewaris-pewaris anggota yang terkorban didalam kejadian tersebut. Seminggu dua ini, kita dapati tersiar di akhbar-akhbar utama yang mengutuk akan kebaculan dan kebodohan pemimpin nombor 2 Pas ini, Mat Sabu yang cuba memutar belitkan sejarah tanah air.
Ada juga yang berpendapat, bahawa, suara itu bukanlah suara sebenar Mat Sabu, tapi..itu adalah suara dari DAP yang cuba menghidupkan kembali kefahaman komunis yang telah lama mereka idam-idamkan. Mereka (DAP) akan berbuat apa sahaja demi kepentingan politik kotor mereka, dan yang menjadikan Pas sebagai 'Kambing Hitam.'
Berbeza dengan pendapat mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau menyarankan mereka yang menyokong perjuangan komunis, supaya merasai sendiri bagaimana menjalanai kehidupan di negara yang mengamalkan fahaman terbabit.
Ini, termasuklah Mat Sabu sendiri yang bermati-matian menyatakan bahawa pengganas komunis adalah 'WIRA' sebenar dalam tragedi Bukit Kepong, yang mana menurut Tun, kenyataan itu adalah berdasarkan nafsu semata-mata.
Kata Tun Mahathir, "ketika itu, Mat Sabu pun belum ada, kalau ada pun, kecik sangat. Cubalah tinggal di negara Komunis. Kalau orang yang banyak cakap dan suka merapu macam Mat Sabu sudah lama 'masuk dalam' (disumbat dalam penjara).
Menurut kata Tun, rakyat di negara komunis tidak merasai kebebasan bersuara seperti negara ini, malah fahaman terbabit juga jelas tidak percaya akan kewujudan tuhan. Inikah yang Mat Sabu mahukan? ujarnya.
Setuju benar dengan apa yang disarankan oleh mantan PM kita tu. Elok beno le kalau Mat Sabu berambus dari negara ini, dan tinggal kat negara yang mengamalkan fahaman komunis. Biar dia rasakan apa yang belum dia rasai. Manusia seperti Mat Sabu ni, kalau diberi muka dia akan lebih-lebih. Kalau diikutkan hati ni, nak saja lemparkan telur tembelang ke muka Mat Sabu ni. Heeee...geram betul. - IBM ~