ASSALAM MUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
Arahan daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz meminta ahli Pas mendaftarkan anak-anak mereka seawal tingkatan tiga sebagai ahli parti itu bagi memastikan hasrat mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) tercapai.
Menurut Nik Aziz, Pas boleh melakukan apa sahaja bagi memastikan impian dapat direalisasikan kerana tanggunjawab menubuhkan sebuah kerajaan adalah kewajipan dalam Islam.
Demi untuk menang dan memerintah negara, Pas sanggup langgar perlembagaan parti.
Tidak mengapa kalau perlembagaan parti dilanggar (Syarat had umur menjadi ahli parti). Yang penting bagi Nik Aziz daftar sebeberapa ramai budak-budak sekolah menjadi ahli Pas dan memastikan mereka ini akan menjadi penyokong tegar dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih bila sampai masanya.
Pendaftaran para pelajar yang berusia 15 tahun itu adalah sesuatu yang baik dan boleh diptaktikkan, dan menurut Nik Aziz lagi mendaftar anak-anak dari awal sebelum masuk Universiti bagi mengelakan dari menghadapi pelbagai masalah dengan peraturan di kampus.
Borang permohonan menjadi ahli Pas
Lebih kurang begitulah pandangan cetek dari Mursyidul Am Pas, Nik Aziz yang terlalu ghairah, gila kuasa dan semakin hari semakin sewel, merepek dan sudah hilang ingatan. Begitulah bila dah terlalu lama menjadi pemimpin, idea pun kurang, pembangunan negeri yang ditadbir masih di takuk lama.
Kenapalah pemimpin-pemimpin Pas ni, kususnya Tok guru ni masih tak sedar diri. Kenyataan Nik Aziz ni memang betul-betul seperti orang yang dah hilang akal. Sanggup berbuat apa sahaja demi untuk mengulingkan kerajaan yang ada (UMNO/BN). Tapi...tuhan masih sayangkan UMNO/BN. Setiap doa yang Nik Aziz buat, tidak direstui oleh Allah s.w.t kerana Allah tahu Nik Aziz adalah seorang yang busuk hati, dengki, pendendam sesama umat Islam, dan Nik Aziz bukanlah seorang ulama seperti yang di bangga-banggakan oleh pengikut-pengikutnya. dia adalah 'ulamak semak'.
Nak komen apa ye?....samalah seperti yang saya tulis diatas tu. Bacalah, dan nilaikan sendiri wahai rakan-rakan dan rakyat semua. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~