ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
KUALA LUMPUR Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting ketika buat julung kalinya menyampaikan amanat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di hadapan para penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam esok.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ucapan Perdana Menteri juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan TVi pada pukul 8.45 malam.
"Perdana Menteri akan berucap di hadapan kira-kira 800 hadirin yang terdiri daripada menteri-menteri Kabinet, para pegawai tertinggi kerajaan, anggota parti komponen Barisan Nasional dan badan bukan kerajaan.
"Pada saat itu beliau (Najib) dijangka akan menekankan perkara-perkara utama pentingnya perubahan besar yang beliau fikirkan wajar bagi kerajaan dan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-Kabinet bagikementeriannya di Wisma TV, Angkasapuri di sini, hari ini. - Bernama
Agak-agak apakah mandat yang PM nak sampaikan kat kita esok ni?......tungguuuuu. Saya setia menunggu. Ikhlas dari saya : IBM ~