Saturday, September 3, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA


03 SEPTEMBER 


 HARI INI DALAM SEJARAH :




MENTERI PERTANIAN DAN KERJASAMA MERASMIKAN SIDANG KEDUA BADAN KERJA SURUHANJAYA BERAS ANTARABANGSA

TARIKH PERISTIWA : 03.09.1962


Perubahan dalam ciptaan alat-alat moden memainkan peranan yang penting dalam mencapai tahap produktivti yang lebih tinggi dan kemajuan di sektor pertanian. Seminar dan persidangan memainkan peranan yang penting bagi mengemukakan idea dan teknologi terkini yang terdapat dalam satu-satu sektor tersebut. Pada hari ini 3.9.1962, Menteri Pertanian dan Kerjasama Encik Aziz Ishak telah merasmikan persidangan kali kedua Badan Kerja Suruhanjaya Beras Antarabangsa. Bercakap semasa merasmikan persidangan Encik Aziz menjelaskan, Malaya bercita-cita mengeluarkan hasil beras yang dapat memenuhi segala keperluan penduduk negara ini. Di antara cara yang dapat mempercepatkan pencapaian di atas dengan menanam padi dua kali setahun di samping penggunaan jentera-jentera moden, sebagai contoh kemajuan pesat yang dicapai oleh Jepun dalam penanaman padi dengan menggunakan jentera dan teknik-teknik moden akan dijadikan contoh untuk memajukan penanaman padi di negara ini. Persidangan yang dijalankan di Dewan Tunku Abdul Rahman ini dihadiri oleh 29 buah negara yang terlibat dalam penanaman padi dianjurkan bersama oleh Malaya dan Bangsa-bangsa Bersatu. Usaha-usaha membawa teknologi moden dalam sektor pertanian merupakan pemangkin utama kemajuan negara ini dalam sektor pertanian pada masa akan datang.

~ SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...