Saturday, September 10, 2011

Anwar pemimpin lapuk, tidak lagi 'releven' kepada rakyat

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak lagi relevan kepada rakyat pada hari ini ekoran isu dan kontroversi dihadapinya terutama kes liwat kedua yang dilihat tidak berkesudahan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, apa yang berlaku itu jelas menampakkan siapa sebenarnya Anwar serta pihak mana yang menguasai dan mengawalnya.
"Kes liwat kedua yang dihadapinya sudah banyak ditangguhkan. Dia sepatutnya bersyukur kerana kesnya itu dikendali secara luar biasa oleh sistem kehakiman negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Latif yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, walaupun banyak kes-kes liwat dibicarakan di mahkamah, kes melibatkan Anwar dianggap paling istimewa kerana terlalu banyak ditangguhkan atas kehendak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sendiri.
Katanya, Anwar juga boleh diibaratkan seperti seorang pelakon yang berlakon di dalam episod drama panjang ekoran kes liwat yang dihadapinya itu.

 Malah Latif berkata, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah yang memimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta sekutu dalam pakatan pembangkang, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diibaratkan sebagai pelakon dalam drama itu.
"Dalam hal ini rakyat sebenarnya boleh agak siapa pengarah kepada drama ini. Pada saya mudah, DAP yang mengawal segala Anwar dan pakatan pembangkang.
"Tetapi mereka kena sedar bahawa rakyat kini bukan lagi majoriti yang berdiam diri semata-mata. Rakyat hari ini adalah pengundi yang berpengetahuan dan bermaklumat," katanya.
Kata beliau, rakyat pada hari ini sudah ramai yang menjadi masyarakat yang berpengetahuan lebih-lebih lagi dalam soal memilih pemimpin yang bertanggungjawab serta tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Malas lah nak komen banyak-banyak pasal si Al-juburi ni. Memang nasib dia ni baik. Mahkamah boleh terikut-ikut rentak dan kehendaknya. Tak faham den. Apapun, lambat laun dia akan kedalam juga. Bila dia duduk kat dalam tu, memang sohehlah dia tidak lagi 'relevan' pada rakyat dan juga pengikut2nya. Hehehe..kesian dia. Ikhlas dari saya : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...