ASSALAM MUALAIKUM SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
Gambar terakhir Allahyarham Noramfaizul
KUALA LUMPUR: Keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia akan menerima pampasan sebanyak RM200,000 di bawah perlindungan insurans yang dibeli oleh Kelab Putera 1Malaysia.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pada Isnin bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menamakan salah sebuah kem kemanusiaan kelab tersebut di Somalia sempena nama Noramfaizul.
~ Alhamdulillah. Walaupun dengan wang ringgit tidak dapat mengembalikan arwah, tapi sekurang-kurang ianya dapat menampung beban yang ditanggung oleh keluarga arwah bagi meneruskan hidupan harian mereka sekeluarga. Semoga roh arwah Noramfaizul tenang dipersaranya. Amin! - Ikhlas dari : IBM ~