Thursday, September 29, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


29 SEPTEMBER 



USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO DILULUSKAN SEBULAT SUARA

TARIKH PERISTIWA : 29.o9.1946

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1946 UMNO terus berkembang menjadi salah sebuah parti yang memperjuangkan hak orang Melayu. Sebagai salah sebuah parti politik yang matang, UMNO mempunyai peraturan dan Perlembagaan partinya sendiri sebagai landasan perjuangan mereka. Pada hari ini 29 September 1985 bersempena dengan perhimpunan agung UMNO yang ke 36 ahli-ahlinya telah mengusulkan sebanyak 12 pindaan ke atas perlembagaan parti tersebut. Antara usul-usul yang penting yang telah mendapat sokongan sebulat suara pindaannya termasuklah memberi kuasa tambahan kepada Majlis Tertinggi dan satu lagi untuk menghadkan penggunaan wang bagi kempen pemilihan. Selain dari itu usul mengenai peraturan persidangan dan mengemaskinikan peraturan mesyuarat di perhimpunan agung juga turut diluluskan. Y.A.B. Tun Ghafar Baba selaku pengerusi kepada pindaan perlembagaan tersebut menjelaskan usul-usul penting ini diluluskan sebagai langkah untuk memantapkan lagi UMNO sebagai parti yang menjadi teras pemerintahan negara. Di samping itu usul yang dipinda ini terutama mengenai tambahan kuasa Majlis Tertinggi ini adalah antara lain melibatkan soal membanteras gejala politik wang dan penyalahgunaan kuasa. Kuasa-kuasa tambahan juga adalah untuk mendisiplinkan ahli bagi memperkemaskan jentera pentadbiran parti di semua peringkat. Usul yang diterima sebulat suara ini bertepatan dengan perhimpunan ke 36 yang pertama kalinya diadakan di Komplek UMNO yang baru di Jalan Tun Ismail. Terdahulu Y.A.B. Presiden UMNO Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmi Komplek UMNO pada 26 September 1985. Persidangan yang meluluskan sebulat suara beberapa usul pindaan perlembagaan telah berlangsung di kompleks baru UMNO ini. Dengan lulusnya pindaan-pindaan perlembagaan UMNO ini akan membolehkan parti itu menyusun strateginya dengan lebih mantap lagi di masa-masa hadapan.
SELAMAT MEMBACA KEPADA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA : IBM ~
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...