Sunday, September 4, 2011

Karpal Cuba Selamatkan Kapal Pembangkang Yang 'Kian Karam'

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM W.B.T SALAM AIDILFITRI SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong membuktikan Karpal cuba menyelamatkan pakatan pembangkang daripada kemarahan rakyat dan seterusnya menjamin sokongan terhadap mereka.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Karpal yang berpengalaman luas dalam politik menyedari tindakan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu itu dalam menyifatkan pengganas komunis sebagai pejuang negara tidak dipersetujui rakyat terutama anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka.


Katanya, ini kerana kenyataan Mat Sabu itu pastinya merugikan Pas seterusnya memberi kesan kepada pakatan pembangkang kerana ramai anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara daripada pengganas komunis.

 “Sesungguhnya pada masa lampau terdapat satu usaha di kalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis.
“Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin UMNO dahulu yang telah dapat membatalkan rancangan Malayan Union oleh British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara,” katanya dalam entri bertajuk ‘Karpal dan Mat Sabu’ di http://chedet.cc hari ini.


Bagaimanapun, Dr. Mahathir secara sinis menambah, pendirian para pemimpin Pas tidak akan memberi kesan kepada penyokong fanatik parti itu sungguhpun Pas telah menggugurkan perjuangan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam serta melupakan hasrat melaksanakan hukum hudud.


“Tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan khususnya DAP dan orang Cina.

 Pada 21 Ogos lalu, Mat Sabu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang antara lain didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong merupakan ‘hero’ sebenar kemerdekaan negara.

~ Mari kita sama-sama berdoa agar Parti Pakatan benar-benar karam di PRU ke-13 nanti. Mat Sabu kita kuburkan bersebelahan dengan kubur para pengganas yang tidak bertanda. Dan jangan lupa, ingat no 121, ingat Mat Sabu...Hehehehe..Ikhlas dari saya : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...