Thursday, September 22, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA


22 SEPTEMBER 
HARI INI DALAM SEJARAH KEMBALI LAGI....


YAB TUN ABDUL RAZAK DILANTIK SEBAGAI PERDANA MENTERI
TARIKH PERISTIWA : 22.09.1970



Pada hari ini 22.9.1970, YAB Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein telah dilantik dengan rasminya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.  Upacara perlantikan telah dilangsungkan dalam satu majlis ringkas di Istana Negara di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muazam Shah.  YTM Tunku Abdul Rahman Putra juga turut hadir di upacara tersebut. Tun Abdul Razak dilantik menjadi Perdana Menteri berikutan persaraan YTM Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri. Beliau dipilih berdasarkan kebolehan, kesungguhan dan pengalaman yang ada pada beliau dalam semua bidang serta diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sewaktu beliau menuntut di London dan bergiat cergas dalam Kesatuan Melayu United Kingdom dan Malayan Forum. Beliau memasuki parti UMNO pada tahun 1950 dan dilantik sebagai Ketua Bahagian Pemuda, kemudiannya dalam tahun 1951 dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua UMNO. Pada tahun 1955 beliau memenangi pilihanraya Persekutuan dan dilantik menjadi Menteri Pelajaran.  Beliau dipilih sebagai salah seorang anggota rombongan Merdeka ke London pada tahun 1956. Selepas negara mencapai kemerdekaan, beliau dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.  Semasa kejadian 13 Mei 1969 beliau dilantik sebgai Pengarah Gerakan, Majlis Gerakan Negara. Selepas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri, pada 23 September 1970, Tun Abdul Razak mengumumkan kabinet barunya.
SELAMAT MEMBACA SEMUA. IKHLAS DARI SAYA YANG BENAR : IBM
[SUMBER : ARKIB NEGARA]
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...