Friday, September 23, 2011

TPM Umum Ahli Jawatankuasa Terpilih, Pembangkang bila lagi?

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA 


Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

 PUTRAJAYA,  Sept – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan nama lima Anggota Parlimen Barisan Nasional mewakili semua kaum terbesar bagi menganggotai Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji dan menambah baik sistem dan proses pilihan raya di negara ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (wakil bagi Sabah dan Kadazan) dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas tersebut.
Empat yang lain ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (wakil bagi Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (wakil UMNO dan Melayu), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (wakil MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (wakil MIC dan India).
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Bekalan dan Harga di sini,  Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata senarai nama itu dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.



Jawatankuasa itu dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.
Ketika mengumumkan pembetukan jawatankuasa itu pada 15 Ogos lepas, Najib berkata ia akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Datuk Alexander Nanta Linggi 

Datuk Sri Mohd Radzi Shaikh Ahmad 

 Tan Sri Dr Fong Chan Onn
YB P. Kamalanathan
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...