Monday, September 26, 2011

Singapura gila talak, Kuan Yew nyanyuk, dah tua....

[DARI MEJA IBM] : 
ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.



IBM pernah terbaca dalam sebuah akhbar akan kata-kata Lee Kuan Yew bahawa penduduk Cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan secara sistematik kerana mereka rajin dan berjaya.

Maksud Kuan Yew, cuma di Singapura rakyat keturunan Cina mendapat hak yang sewajarnya. Beliau turut membayangkan kaum-kaum lain di rantau ini kurang berjaya dan tidak rajin, sebab itulah masyarakat Cina ditekan. Kenyataan sebegini hanya menimbulkan kegusaran, prejudis, curiga dan sentimen perkauman peringkat Nusantara.

Contohnya, sudah pasti ada yang akan menuding jari pada Singapura bertanyakan nasib orang Melayu di sana pula. Lebih menyedihkan lagi Kuan Yew antara arkitek pembentukan Malaysia September 1963 yang turut disertai Singapura pada peringkat awalnya.

Malang, ucapan-ucapan Kuan Yew semasa itu Singapura berada di dalam Malaysia berbau perkauman, dan ia sangat mendukacitakan Tunku Abdul Rahman yang sebelum itu dipujuk Kuan Yew supaya menerima Singapura. Malaysia memutuskan Singapura harus meninggalkan negara ini supaya tidak berlaku ledakan sentimen perkauman. Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung UMNO sebagai satu protes. Masih ingatkah lagi Kuan Yew?

Tapi, kenyataan disebuah akhbar hari ini, kenyataan Lee Kuan Yew, seolah-olah ingin merujuk kembali untuk bersama Malaysia, walaupun secara bersahaja, dia mengatakan Singapura tidak akan bercantum kembali dengan Malaysia. Kenyataan beliau, seperti ada 'udang di sebalik batu.' Mari baca dan kita nilaikan bersama :


[Singapura, Malaysia tidak mungkin bergabung semula - Kuan Yew]

[SINGAPURA 25 Sept. - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew membayangkan negara ini dan Malaysia tidak mungkin akan bergabung semula pada masa depan, setelah penyertaan republik itu dengan Malaysia pada 1960-an menemui kegagalan.
Kuan Yew berkata demikian ketika ditanya oleh seorang rakyat Malaysia semasa Dialog Global Singapura pada Khamis lalu, sama ada beliau menjangkakan kedua-dua negara itu akan bergabung daripada segi ekonomi dan politik bagi mengimbangi kebangkitan Indonesia sebagai sebuah kuasa di rantau ini.
Lee, bagaimanapun, menyatakan bahawa terdapat 'perkembangan positif' antara Singapura dan Malaysia, lapor Channel NewsAsia.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai 'pandangan yang positif terhadap hubungan dua hala' apabila membangunkan Wilayah Iskandar di selatan Johor dan menjadikan Singapura seperti 'Shenzen' merujuk kepada kawasan perindustrian di China, Lee berkata, ''(Singapura dan Malaysia) merupakan satu set kuasa pelengkap yang akan menjadi lemah dan tidak membawa menguntungkan kepada kedua-dua negara jika (Singapura dan Malaysia) tidak berbaik-baik.''
Tambah beliau: "Kamu (Malaysia) mahukan pelaburan daripada kami dan kami pula mahu melabur. Untuk tujuan itu, kami tidak mahu mempunyai masalah dengan Malaysia dan Malaysia yang mahukan banyak pelaburan sudah pasti tidak akan menimbulkan masalah kepada kami.
"Jadi itu merupakan satu perkembangan yang positif," katanya.
Semasa dialog yang berlangsung selama 40 minit itu, Lee turut menyentuh tentang pentingnya Singapura untuk 'mengekalkan perpaduan nasional' dan kekayaan negara ini diagih-agihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik di republik ini.
Katanya, sistem meritokrasi, pragmatisme dan sebuah kerajaan yang bersih akan membantu Singapura untuk terus maju.
Ketika ditanya mengenai Pilihan Raya Umum pada Mei lalu, yang menyaksikan sokongan terhadap parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat semakin merosot, Lee berkata, ia "memang dijangka akan berlaku" kerana generasi muda ingin melihat persaingan. - AGENSI]




Apakah Kuan Yew masih dihantui peristiwa silam? Apakah Kuan Yew benar-benar gusar terhadap masa depan hubungan antara kaum? Apakah Kuan Yew bercakap dalam konteks kebangkitan China dan India sebagai kuasa ekonomi besar dunia? Apakah Kuan Yew mahu menjadikan Singapura negara contoh kepada yang lain? Untuk menjawab persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menyingkap sejarah. Dan Lee Kuan Yew juga harus menyingkap sejarah kembali ini. Ikhlas dari saya yang benar : IBM ~

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...