Tuesday, September 6, 2011

SAH! Pemimpin-pemimpin Pas memang pendatang, kureng tahu Sejarah Negara

[DARI MEJA IBM] :
ASSALAM MUALAIKUM PARA PEMBACA YANG BUDIMAN

Apa sebenarnya muslihat Pas mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar menubuhkan Jawatankuasa Kabinet menulis semula Sejarah kemerdekaan Tanah Air?

Adakah mereka benar-benar buta sejarah, atau sengaja nak mencari publisiti murahan. Banyak lagi perkara-perkara yang harus Pas kemukakan cadangan dan dibentangkan di Parlimen. Bukankah itu cara yang terbaik?..kenapa nak menabur fitnah di akhbar-akhbar dan melalak-lalak semasa berceramah?

Berikut kenyataan yang dibuat oleh Naib Presidennya di akhbar :
Isu Pejuang Kemerdekaan: PAS Gesa Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Kabinet
{KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS pusat pada Selasa menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menubuhkan Jawatankuasa Kabinet untuk menulis semula sejarah kemerdekaan negara bagi menghargai jasa tokoh kemerdekaan secara tepat dan adil.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, parti itu sedia menghantar wakil mereka menyertai jawatankuasa tersebut dengan syarat kerajaan perlu adil dalam usaha menulis semula sejarah kemerdekaan negara.
"Dengan syarat kerajaan perlu adil dalam usaha menulis semula sejarah kemerdekaan negara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Selasa.} 
~ Pas, selama-lamanya akan menyusahkan dan mengelirukan rakyat. Para pemimpinnya langsung tidak beratika, tiada semangat cintakan negara dan terus membutakan mata mereka tentang sejarah kemerdekaan Tanah Air. Maka, memang wajarlah mereka ini dianggap sebagai pendatang, kerana pendatang asing sahaja yang tidak tahu akan asal usul kemerdekaan negara. Apalah punya perangai mereka-mereka ini. Bagi saya Pas memang HAMPEH!! - saya yang benar : IBM ~
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...