Wednesday, May 14, 2014

PEMILIHAN PKR : 50 AHLI DESAK PEMILIHAN DIBATALKAN. RoS JADI PENENTUAN

RABU, 14 MAY 2014
PEMILIHAN PKR terus kecoh dan kecoh. Berita terkini yang IBM dapat, sekitar 50 ahli PKR hari ini berhimpun di hadapan ibu pejabat parti bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti itu. Ahmad Jufliz Faiza yang mengetuai kumpulan itu berkata mereka tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan pendaftaran parti selepas banyak kecelaruan semasa pemilihan parti itu berlangsung. Untuk mengelak perkara yang lebih serius berlaku, ada anggota parti akan membawa perkara ini kepada RoS yang memungkinkan PKR dibatalkan. Mana-mana pengawas yang terbukti tidak amanah hendaklah dipecat serta-merta, katanya pada satu sidang media berhampiran dengan Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini. Semasa pemilihan PKR hujung minggu lalu, berlaku kekecohan di beberapa cabang sehingga peti undi dipecahkan dan berlaku kekasaran di kalangan ahli parti reformasi itu.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul tetap mempertahankan perjalanan pemilihan parti itu setakat ini yang dianggap sebagai paling baik dan berjaya. Katanya, banyak perubahan sistem dibuat sejak pemilihan 2010 yang disifatkannya lebih telus selain menerima pencalonan lebih ramai. Dalam sidang media hari ini, Ahmad Juflis turut mendesak Johari agar segera meletakkan jawatan dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mesti melantik seorang yang lebih telus serta mempunyai kuasa penuh melantik pegawai pengawasnya. Katanya, banyak aduan terhadap pengawas pemilihan yang melanggar tatacara peraturan pemilihan, tidak amanah dan cuba menenangkan calon tertentu dalam PKR.
Jesteru, mereka menyarankan agar seorang yang bertaraf bekas hakim dilantik dan diuji ketelusannya atau seorang anggota parti yang tidak mempunyai jawatan di peringkat cabang atau pusat untuk dilantik sebagai pengerusi JPP. Mana-mana anggota parti termasuk calon walaupun bergelar wakil rakyat yang terbukti mengganggu proses pemilihan dan pengundi mesti digantung atau dipecat serta-merta, katanya. Ahmad Juflis, yang berkhidmat dalam sebuah firma guaman, turut mengecam sistem satu ahli satu undi kerana tidak praktikal dan menyusahkan berbanding sistem pilihan raya kebangsaan yang dilihat lebih sistematik. Katanya, dalam pemilihan PKR kali ini berlaku jumlah pengundi melebihi 1,000 orang bagi satu-satu saluran sehingga mewujudkan ketegangan dan kekecohan di antara ahli.
Bagi Ahmad Juflis, beliau berpendapat bahawa sistem pemilihan adalah cacat, tidak telus, tidak adil dan berjalan dalam suasana tidak sihat. Mengimbas kembali pada pemilihan 2010, perkara sama berlaku dan tiada tindakan tegas diambil bagi menangani permasalahan yang berlaku. Apakah kita mahu perkara ini terlepas pandang lagi? katanya. Beliau berkata terdapat bukti di mana calon tertentu memberi wang rasuah kepada setiap ahli parti untuk mengundi dengan 50% dibayar awal dan bakinya selepas pengundian. Katanya, terdapat juga peraih undi calon tertentu yang bergelar wakil rakyat mengganggu proses pemilihan dengan menggunakan taktik samseng dan agresif. Dalam satu kes, setiap pengundi dibayar sehingga RM150-RM200. Satu akuan bersumpah dibuat oleh seorang pengundi di mana beliau mengakui menerima RM50 untuk mengundi calon tertentu di Tambun.
Terdapat peraih undi mengugut pengundi untuk memilih senarai ‘chai’ mereka dan jika pengundi mempunyai senarai ‘chai’ lain, peraih akan merampas dan membuang senarai ‘chai’ di tangan pengundi, katanya yang mendakwa perkara itu berlaku di Jerai, Tuaran, Bayan Baru dan Selangor. Kesimpulannya, pemilihan PKR tahun ini adalah pemilihan yang paling teruk di dalam sejarah politik tanah air. Wajarkan parti PKR ini di beri muka lagi? Pengundi-pengundi dan ahli-ahli PKR semua macam mana? Masih nak ikut dan sokong parti anak beranak ini? IBM bukan jadi batu api.....tapi...fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...