Wednesday, May 14, 2014

KRISIS DI T'GANU. TKB UMNO PJU TIBAI KU NAN. AMBIK KO KU!!

RABU, 14 MAY 2014

Memang tepat dan masanya, apabila Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohamed Saad (gambar kanan) menyuarakan pendapat beliau sekali gus menyalahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwanya gagal menguruskan isu peralihan jawatan Menteri Besar Terengganu. Mohamad Azli mendakwa Tengku Adnan perlu bertanggungjawab berhubung perkara itu yang menyaksikan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan dua ADUN bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, lapor Utusan Malaysia hari ini. Beliau secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) meletakkan jawatan, kerana bagi  pandangan beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. 

Kita semua tahu bahawa  Datuk Seri (Ahmad Said) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima? Apa salahnya dilewatkan (tangguh peralihan). Ini sudah jadi kelam kabut. Apabila isu ini tak ditanggani secara bijaksana, yang buruknya nampak kepada Umno, kata Sdr Azli seperti dilapor dalam akhbar harian itu. Mohammad Azli berkata demikian bagi mengulas situasi politik Terengganu dengan Ahmad, ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Bagaimanapun, Roslee dilaporkan menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Laporan akhbar harian itu juga menyebut Mohamad Azli berkata bekas Menteri Besar itu perlu diberi ruang 'selesa' mengenai peralihan kepimpinan dan meminta pucuk pimpinan tertinggi parti dan Ahmad bertemu bagi menyelesaikan masalah tersebut. Apapun semuanya telah selesai. 

Sementara itu, IBM merasa bangga kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Bahagian (PJU) yang berani dan lantang mengkritik demi untuk kebaikan bersama walaupun yang dikritik itu adalah orang kuat UMNO di peringkat nasional. Dan, sebagai seorang blogger yang juga dari UMNO PJU, IBM merasakan kritikan-kritikan seperti ini harus diteruskan. Kita mesti berani, jangan asyik mengangguk kepala sahaja. Harap kritikan dari Tim Ketua UMNO Bahagia PJU jangan di salah ertikan. Tengku Nan harus mengambil iktibar dari insiden ini yang hampir-hampir menghancurkan UMNO negeri Terengganu. Syukur, alahamdulillah BN/UMNO terus menerajui negeri Terengganu, dan dengar khabar, DS Ahmad Said membuat pengakuan dan bertemu empat mata dengan Perdana Menteri memohon maaf dan kembali kepada UMNO. Itulah cerita terbaru yang IBM dapat. Harap semuanya berjalan seperti biasa. Ayuh kita buat kerja kerana kerja dan perjuangan kita masih jauh dan belum selesai. Satu lagi, jangan lupa slogan ini "Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan". Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...