Thursday, May 15, 2014

AKHIRNYA "KAU PERGI JUA" ADAM AHMAD. AL- FATIHAH!

KHAMIS, 15 MAY 2014
Darinya kita datang, dan kepadanya kita kembali. Penyanyi Adam Ahmad, 50, yang popular era 1980-an dengan lagu Kau Pergi Jua meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru. Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 12.15 malam Khamis. Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak menciptla lagu-lagu hit seperti  Di Hari Persandingan Mu dan  Di Pantai Cinta Berahi  nyanyian Yunizar Hosein. Lagu Janji Manismu nyanyian Aishah dan ditulis oleh beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8). 
"Kau Pergi Jua"
Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 19 Disember 2010 ketika berusia 46 tahun dengan seorang janda beranak dua iaitu Norliza Ayat, 46. Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang dekat sini. Sama-sama kita doakan agar rohnya di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Aminn! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...