Thursday, May 8, 2014

CHEGUBARD MENGAMUK SANGKAN. BANTAI JPP KAW-KAW

KHAMIS, 8 MAY 2014

PKR SEMAKIN PINCANG. PEMILIHAN PRTI KUCAR-KACIR



[[PETALING JAYA: Ketua Cabang Parti Keadilan (PKR) Rembau, Badrul Shahrin Hisham menyifatkan tindakan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) ingin mengadakan pemilihan semula di 17 Cabang parti itu sebagai satu 'sandiwara'.‬ Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard mendakwa  perkara  hampir sama dilakukan JPP pada pemilihan 2010.‬ "Saya sendiri telah mengemukakan laporan penyelewengan yang berlaku kepada Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan turut berjumpa dengan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membincangkan hal ini dan kami diberi jaminan tindakan akan diambil tetepi malangnya tiada apa yang dibuat oleh JPP.‬

‪"Sebab itu saya berani kata apa yang diumumkan JPP untuk adakan pemilihan semula  hanyalah satu sandiwara. "Tindakan hanya dikenakan kepada pengawas yang menjaga pusat mengundi di Cabang tertentu, sedangkan Ahli Jawatankuasa (AJK)  JPP yang menyeleweng untuk memenangkan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali masih menjalankam tugas seperti biasa," katanya ketika menghubungi mStar Online pada Rabu.‬ Justeru, beliau menyeru agar pucuk pimpinan parti memecat  AJK JPP sedia ada. Pengerusi  JPP, Datuk Seri Johari Abdul  pada Rabu berkata,  pihaknya memutuskan bahawa 17 cabang  akan mengadakan pemilihan peringkat cabang atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) atau kedua-dua pada Sabtu 17 Mei ini.

‪Daripada kesemua 17 cabang yang terlibat, hanya 13 daripadanya akan diadakan pada 17 Mei ini iaitu empat di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah iaitu Tenom serta Keningau.‬ Manakala empat lagi cabang iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian]] - Ehsan mstar.

Walauapa sekali pun yang cuba dibangkitkan oleh Chegubard tentang Jawatankuasa Permilihan Parti JPP) PKR, ianya tidak menjadi kesan-kesan apa-apa. Ini kerana JPP yang dilantik oleh parti adalah di bawah jagaan dan di kontrol oleh empunya parti, iaitu parti anak-beranak dan kroni-kroninya. Rasanya tak perlu IBM sebutkan nama-nama mereka. Kesian nampaknya Chegubard. Segala laporan penyelewangan di dalam pemilihan PKR tahun ini yang dibuat oleh chegubard bulat-bulat ditolak dan dibuang ke dalam bakul sampah. JPP menerima laporan tersebut, tapi itu hanyalah buat syarat sahaja dan sebagai sendiwara JPP. 

Chegubard baru sedar sekarang. Dulu semasa pemilihan 2010, juga terjadi benda yang serupa, tapi kali ini lagi teruk dan hebat penipunan yang di buat oleh PKR. Untuk siapa semunya ini? Sudah tentu untuk kepentingan si anak-beranak dan krono-kroni2 mereka sahaja. Chegubard, dimana kedudukan dan kiblat ko sekarang? Apapun bacalah al-kisah selanjutnya tentang pemilihan PKR tahun ini yang penuh dengan penipuan dan adengan-adengan yang tidak patut dan tidak mahu kita tonton. Dah jadi macam filem tamil le pulak. Macam ni parti yang nak memerintah Malaysia. Podahhh! Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...