KUALA LUMPUR, 4 Dis ― Ekoran dakwaan bahawa Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) menjual barangan rendah kualiti dan kenyataan Kementerian Kesihatan semalam, Pengarah Urusan Mydin Bhd Datuk Ameer Ali berkata pihaknya telah memutuskan untuk memanggil balik 13 produk jualan pihaknya.
Bagaimanapun kata beliau, langkah itu hanya bagi tujuan pelabelan dan aspek komposisi makanan, bukan kerana ia “tidak selamat” untuk digunakan sebagaimana didakwa oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
Sejak awal bulan lalu, wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat mendakwa beberapa produk dijual di KR1M, konsep niaga yang dikaitkan dengan gagasan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak selamat untuk kegunaan orang ramai.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan, empat daripada tujuh produk dibangkitkan kualitinya oleh pemimpin Pakatan Rakyat adalah berkaitan aspek pelabelan manakala bakinya berkenaan dengan aspek komposisi produk.
Sehubungan itu katanya, pelabelan dan komposisi produk adalah dua isu yang boleh terjadi kepada mana-mana produk sekalipun, apatah lagi bagi produk yang baru belajar memasuki pasaran.
“Ia adalah sesuatu yang mesti diperbetulkan dan diperbaiki, tetapi bukanlah tidak selamat ataupun memudaratkan sekiranya diambil,” katanya.
Semalam, Kementerian Kesihatan telah memaklumkan bahawa hasil pemantauan telah mendapati bahawa 13 produk 1 Malaysia tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan tindakan telah diambil oleh pihak berkenaan.
Produk-produk yang terlibat adalah susu segar, susu sejat, krimer pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam dalam tin, kordial mangga, sebatian minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim, ‘crunchy peanut butter’, ‘crispy peanut butter’, dan ikan sardin dalam sos tomato bertin (155g).
Laporan media semalam memetik Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata, semua aduan atau maklumat berhubung isu keselamatan dan kualiti makanan KR1M perlu disalurkan terus kepada Kementerian Kesihatan bagi membolehkan kementerian mendapat maklumat tepat sebelum mengambil tindakan segera.
Dr Hasan berkata, tindakan menyiarkan aduan terus dalam media massa menyebabkan peniaga menarik balik produk dari pasaran, yang boleh mengganggu siasatan kementerian.
Katanya, perkara itu diperjelaskan pada pertemuan Kementerian Kesihatan dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan wakil rakyat Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Putrajaya, kelmarin.
Pada pertemuan itu, mereka juga membincangkan mengenai pelabelan dan aspek komposisi tujuh produk makanan yang dibangkitkan Pua baru-baru ini.
Produk berkenaan ialah susu tumbesaran, ais krim, jem buah-buahan, susu sejat, krimer pekat manis, tin ikan sardin dan tin kari ayam.
Pua sebelum ini mendakwa hasil ujian makmal menunjukkan terdapat kandungan tinggi koliform dalam susu segar dan sembilan produk lain ― produk dalam botol iaitu sos tiram, jem nanas, ais krim, susu sejat dan makanan di dalam tin seperti krimer pekat manis, minyak sapi, sardin dan kari ayam.
Dalam kenyataan hari ini, Ameer berkata, kebanyakan daripada ketidakpatuhan adalah dari aspek komposisi produk dan pelabelan, dan bukan dari aspek keselamatan makanan.
Kata beliau, penubuhan KR1M dapat memberi peluang perniagaan yang lebih meluas kepada pengusaha dan pengeluar produk tempatan iaitu industri kecil dan sederhana untuk menaik taraf produk keluaran tempatan dan lebih dikenali oleh masyarakat.
“Pihak pentadbiran yang mentadbir keseluruhan operasi KR1M memiliki pengalaman dan pencapaian yang diiktiraf di dalam industri peruncitan.
“Bidang perniagaan adalah sesuatu yang mencabar dan sangat tinggi risikonya, masih tidak ramai anak tempatan yang berani untuk menyahut cabaran di dalam bidang ini,” kata Ameer lagi.
Maka kata beliau, kewujudan KR1M diibaratkan suatu cahaya yang membuka peluang perniagaan kepada rakyat tempatan untuk maju ke hadapan.
Dengan menggunakan peribahasa “Adat Periuk Berkerak, Adat Lesung Berdedak”, Ameer menambah, tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan dan haruslah bersusah dahulu sebelum bersenang.
“Sebagai usahawan IKS yang belajar menongkah arus serta meningkat naik, mereka tidak lekang daripada membuat kesilapan.
“Ini tidak terkecuali kepada para pembekal produk 1 Malaysia yang mana produk mereka telah dipertikaikan oleh sesetengah pihak sebagai tidak mematuhi akta pemakanan,” kata beliau sambil menambah, produk-produk tersebut telah pun dikenal pasti dan para pembekal telah dimaklumkan untuk memperbetulkan kesilapan.
Ia akan dibenarkan untuk memasuki pasaran semula setelah diperiksa samada mematuhi peraturan, kata beliau.
Katanya, ‘product recalls’ atau memanggil semula produk dari pasaran berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini dan ia disebabkan oleh pelbagai perkara.
“Syarikat-syarikat gergasi antarabangsa yang lain yang mempunyai sijil ISO dan sijil-sijil standard antarabangsa,” kata Ameer sambil menambah, “semua ini dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi ini sebaik sahaja mengetahuinya dan dibuat atas kepentingan keselamatan pengguna, menjaga nama baik syarikat dan etika kejujuran selaku peniaga.”
Sehubungan itu kata beliau, KR1M telah pun mengambil inisiatif segera memaklumkan kepada kesemua pembekal produk 1 Malaysia bahawa produk-produk mereka telah atau akan dihantar ke makmal-makmal untuk pemeriksaan secara terperinci dan ini akan dilakukan secara berkala.
“Untuk melakukan ini bukanlah murah dan mudah,” katanya.
KEDAI 1 MALAYSIA KEDAI UNTUK SEMUA. PEMBANGKANG DENGKI CUBA SABATOJ
Tony Pua juga patut mengambil berat semua produk yang dijual rangkaian dan premis peniaga Cina. Ianya termasuklah juga makanan ringan (junk food)yang banyak dikeluarkan oleh pengilang Cina.
ReplyDeleteKebanyakan junk food yang dijual sekarang dikatakan mengandungi bahan pengawit, perisa dan pewarna tiruan yang boleh menyebabkan kerosakan hati, buah pinggang,usus dan barah. Kanak-kanak yang ketagih memakan makanan ringan (junk food) keluaran pengilang Cina didapati hilang selera makan dan sering diserang penyakit.
Dalam hal ini kerajaan juga patut mengambil tindakan yang sama. Jika peniaga dan pengilang Islam kena siasat maka pengilang Cina juga kena di siasat.
Banyak kali juga bahagian kesihatan pemakanan memberi amaran akan keburukan makanan ringan (junk food) tetapi produknya masih juga di jual terutamanya kepada kanak-kanak. Itu belum masuk bab bab halal haram punca bahan yang digunakan.
Tetapi bila melibatkan pengilang Islam/Melayu, walaupun kecacatannya hanya kerana masalah teknikal perniagaan, dihebohkan seolah-olah ada racun dalam produk makanan tersebut.
Jangan galak sangat nak menjatuhkan kredibeliti kerajaan BN. KR1M diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban rakyat.
Aku dah banyak kali membeli, memakan dan menggunakan barangan yang dijual di KR1M. Tak ada pula rasa kelainannya jika dibandingkan dengan produk yang dijual di kedai-kedai dan pasaraya yang "bertuankan Cina".
Nampaknya si Tony Pua ni adalah bapa segala rasis. Jika ada barangan yang di kuasai Islam/Melayu, maka ada sahaja yang tak kenanya. Yang kenanya jika semuanya dikuasai Cina.
Salam bro Zahari1950,
ReplyDeleteKesimpulannya, DAP memang tidak senang melihat bangsa kita melayu terus maju di dlm perniagaan kerana ini akan memberi saingan pd bangsanya, apatah lagi peniaga kita di back up oleh kerajaan. DAP dengki sebenarnya. Kalau ada yg mengatakan DAP 'rasis'...memang benar.
Pengusaha2 Kedai 1 malaysia, kami tetap di hadapan,belakang, kiri dan kanan anda. Sentiasa mengamalkan ketelusan. Cepat bertindak , insyaallah tercapainya cita-cita wawasan 2020. Segala rintangan adalah ujian. Sabar dan jangan mengalah. Petualang tetap petualang. Cuma berwaspada. Rukun mereka ialah 'survival'
ReplyDelete