Wednesday, May 7, 2014

TANGGUH KES SALAH GUNA KUASA. ADA JUGA SPESIS ANWAR IBRAHIM YANG TIRU KES LIWATNYA...MOH BACA!

RABU, 7 MAY 2014
[[KAJANG 7 Mei - Tindakan peguam yang membuat penangguhan dalam pendengaran kes melibatkan dakwaan salahguna kuasa melibatkan Ahli Parlimen Kulai (DAP) Teo Nie Ching dilihat cuba meniru prosiding kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (gambar kanan) berkata, tindakan penangguhan acap kali malah memberikan alasan yang tidak munasabah perlu ditangani segera oleh Majlis Peguam dalam usaha memelihara intergriti peguam. "Bila mahu kes diadakan, dia minta hari itu. Bila pihak lain minta tangguh, dia akan kata pihak itu takut dan sebagainya. Namun apabila berlaku kepada mereka, akan kata sakit belakang dan sebagainya," Katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Tee Beng berpendapat penangguhan kali pertama dapat diterima apabila Teo Nie Ching ketika itu sedang melahirkan anak (tempoh bersalin). Namun penangguhan kali kedua pula yang mengatakan peguam Teo Nie Ching tidak boleh hadir kerana mempunyai kes lain disifatkan sebagai alasan yang tidak munasabah. "Saya tidak mahu menyusahkan pegawai-pegawai di dalam Bar Council kerana saya percaya mereka tidak memahami apa yang berlaku sebenarnya dan dimainkan diantara komuniti dan Nie Ching. Saya ingin memberitahu mereka bahawa janganlah permainkan orang. Intergriti seorang peguam adalah hak Majlis Peguam untuk menyiasat. Sudah 2 tahun, apa yang Majlis Peguam buat?"
Sebelum ini  bekas Juruaudit DAP cawangan Serdang Baru Yap Kon Min berpendapat tindakan Majlis Peguam yang melantik Devan Narayanan Raman sebagai Pengerusi Komuniti Disiplin disifatkan sebagai tidak telus berdasarkan profesionnya. Ia berikutan tindakan peguam berkenaan yang sering menangguhkan pendengaran bahkan hanya memberi alasan yang tidak munasabah. Justeru beliau berharap supaya Pengerusi tersebut ditukar dan digantikan dengan individu yang lebih berkaliber dalam profesion sebagai peguam]].
Bila IBM baca kes salahguna kuasa MP Dapig , Teo Nie Ching, jelas ianya menampakan penyakit Penasihat@Punahsihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Brahim sudah mula menyular kepada rakan-rakan kongsinya. Apa tidaknya, apabila bekas MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng (gambar atas kanan) menyifatkan seolah-olah meniru  prosiding kes liwat Nuar Brahim. Ini bukan IBM kata, tapi Tan Tee Beng kata. Kalau tak percaya, baca berita di atas tu. 
Bagi IBM, apa nak hairankan. Kan perkara-perkara seperti itu dah menjadi lumrah dan darah daging pembangkang. Jika Mahkamah menyebelahi mereka, maka singkatlah kes tersebut, tapi, bila Mahkamah tidak berpihak kepada mereka, mulalah mereka melambat-lambatkan kes tersebut dan menyalahkan hakim yang kononnya berat sebelah. Dan bermacam-macam tuduhan yang mereka lamparkan terhadap Mahkamah. Maka, pospon demi pospon berlaku. 
Oleh itu, Mahkamah serta Hakim yang di pertanggungjawabkan akan kes tersebut, mestilah bertindak tegas, jangan beri muka kepada pembangkang, kerana kes tersebut melibatkan orang awam, serta salah guna kuasa. Kuasa pada seorang MP yang telah diberi mandat oleh rakyat semasa pilihanraya (PR) lepas hendaklah digunakan dengan betul, bukan untuk kepentingan diri sendiri atau sesebuah parti yang didukong. Tanpa, rakyat, tiadalah parti atau jawatan MP. Ada faham ke Teo? Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...