Saturday, May 10, 2014

HEBAT!! 6 CALON BERENTAP DI PRK BUKIT GELUGOR

SABTU, 10 MAY 2014
Hebat..hebat. Kita akan dapat menyaksikan pertandingan yang hebat di dalam sejarah PRK di Pulau  Pinang. Laporan mengatakan sekurang-kurangnya enam calon dijangka bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang akan berlangsung 25 Mei ini. DAP akan mengumumkan calonnya pada Sabtu. PRK Bukit Gelugor ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan pada 17 April lalu. Sementara itu, anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo, 38 besar kemungkinan akan dipilih untuk meneruskan legasi mendiang bapanya.

Persoalan  mengenai calon yang akan merebut kerusi itu akan terjawab pada hari pencalonan pada Isnin. Di kem Barisan Nasional (BN) pula, rakan komponen BN, MCA, melalui Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, parti itu akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat. Mengikut Kata DAtin Paduka Chew, Sabar, beliau tidak kata parti ini tidak akan bertanding.  Itulah yang di lafazkan beliau pada sidang media, semalam (Jumaat). Difahamkan juga, Jawatankuasa MCA Negeri itu mengadakan mesyuarat petang Jumaat untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRK Bukit Gelugor.

Dari pandangan penganalisis politik, memanglah Parlimen Bukit Gelugor ni kubu kuat kepada DAP, tapi, tidak bermakna peluang untuk BN menang tipis. Kalau kita kuat berusaha, berkerja serta dapat menyakinkan pengundi-pengundi di sana akan perubahan yang BN akan buat, insyallah BN boleh memperolehi kejayaan. Jangan putus. Lawan tetap lawan, kerana BN boleh. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...