Saturday, May 10, 2014

PUUIH!. HILANG AKAL KOT. GARA-GARA PUTUS CINTA GADIS SANGGUP TERJUN BANGUNAN.

SABTU, 10 MAY 2014
Kalau ada orang tanya IBM tentang kisah cinta gadis ini, jawap IBM senag je. Gilo..memang gilo. Dik kerana putus cinta sanggup ambik nyawa sendiri. IBM kurang faham kenapa wanita ini nekad membunuh diri dengan terjun daripada bangunan? Mungkin terlalu sedih kerana berpisah dengan teman lelaki? Alahai, itu kecil punya hal. Biasalah kalau dalam percintaan. Mengikut perkhabaran dari Sabah, wanita yang dikenali sebagai Hasrina Chee, dari Bongawan, Papar, sempat memuat naik status berhubung niatnya yang ingin membunuh diri di laman Facebooknya, dua jam sebelum ditemui mati, malam tadi. 

Dalam statusnya, dia memberitahu, walaupun tahu keputusannya itu salah tetapi wanita berusia 21 tahun itu nekad melakukannya. Hasrina yang memakai baju dan seluar hitam, terjun dari tingkat enam bangunan letak kereta kompleks beli-belah Centre Point. Beliau tahu beliau gila. Kepada sahabat…katanya...SELAMAT TINGGAL. Kepada keluarga, maafkan saya.” Dalam status yang dimuat naik jam 9.42 malam itu, Hasrina mendedikasikan tindakannya itu kepada seorang yang dipercayai bekas teman lelakinya dengan berkata: “Inilah hadiah untukmu… saya akan tunjukkan betapa gilanya saya. Difahamkan lelaki itu dipercayai telah menutup akaun Facebooknya.

Hasrina mengakhiri notanya dengan ayat: “Terima kasih banyak. Saya akan tutup mata buat selama-lamanya.” Aduhi...kenapalah sampai begitu. Kalau dah tahu cinta itu buta, kenapa suka bermain cinta? kan gilo namanya tu. Gilo..memang gilo. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...