Friday, May 9, 2014

TAHNIAH PROTON!!!

JUMAAT, 9 MAY 2014

[[KUALA LUMPUR: Proton Preve dan Proton Suprima S dianugerahkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP). Pengumuman tentang anugerah itu dibuat oleh NCAP Asean pada Pelancaran Keputusan Fasa III 2014 di Melaka, yang juga diadakan sempena Forum NCAP Global 2014, Melbourne, Australia. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah (gambar kanan), berkata usaha Proton untuk mengubah tanggapan orang ramai tentang jenama dan kualiti kereta Proton kini terbukti dan diperkukuh selanjut oleh pencapaian terbaharu ini.

"Kami amat berbangga dan berbesar hati menerima perakuan sedemikian tentang produk jenama kami. Seperti yang kami pernah ulangi berkali-kali, model-model kami bukan sahaja mampu milik, malah lebih penting lagi kami mahu pelanggan kami tahu produk kami berkualiti dan bertaraf antarabangsa," katanya dalam kenyataan, Khamis. Abdul Harith juga berkata, daripada 12 kereta yang diuji bagi piawaian keselamatan NCAP ASEAN semasa Fasa III itu, Proton memberi saingan hebat dan mendapat tempat kedua."Kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan pelanggan kami ketika memandu kereta Proton sentiasa menjadi keutamaan teratas kami. Jadi, apabila Proton Preve dan Proton Suprima S dibina, kami mencabar diri sendiri untuk menghasilkan kereta yang tinggi piawaian keselamatannya," katanya]]. 


IBM masih ingat lagi bila pertama kali kereta National, Proton di perkenalkan. Bermacam-macam komen, reaksi dari orang ramai. Ada yang ketawakan dengan reka bentuk kereta Proton yang pertama itu. Begitu juga dengan bangsa Cina khususnya, menyindir akan kehadiran kereta Proton. Ada yang kata itu kereta potong harga, mana elok. Mesti tak tahan punya, body pun macam tin milo. Sedih...sedihkan bila dengar semua cemohan tersebut.

Tapi, kini tidak lagi. Proton kini sudah dapat menempatkan jenamanya di mata dunia dan juga di negara kita, Malaysia. Terima kasih kepada mereka -mereka yang bertungkus lumus berkerja keras bagi menaikkan nama proton setanding dengan kereta-kereta impot yang lain. Berjuta-juta ringgit telah di gunakan bagi meningkatkan pretasi Proton dan mengujudkan model-model baru. Berita yang diatas tu membuatkan kita berasa begitu bangga akan kejayan Proton apatah lagi dengan dua buah model terbarunya mendapat anugerah penarafan 5 bintang dalam Forum NCAP. 

Tahniah pada Proton dan kaki tangannya yang terlibat. IBM yakin, Proton akan lebih maju dan terus bersaing dengan kereta-kereta yang lain yang telah lama bertapak dan terkenal di seluruh dunia. IBM yakin Proton boleh. Malaysia boleh!! Wasallam ~ IBM 
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. MEMANG MENJADI KEBANGAAN RAKYAT DAN NEGARA. JANGAN MALU UNTUK MEMPROMOSIKAN KEJAYAAN NEGARA KITA INI. PROTON IS OUR PRIDE!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm-PUTRA CHUBADA

      Ya betul. Saya setuju dgn pandangan anda. Proton boleh..Malaysia boleh!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...