Monday, May 5, 2014

HUDUD : DAP SUDAH MENGELABAH. NONYA KOK RISAU DAN RAYU PAS JANGAN TERMASUK PERANGKAP UMNO.

ISNIN, 5 MAY 2014
[Dengan perselisihan meluas dalam Pakatan Rakyat mengenai isu hudud, seorang lagi pemimpin DAP memberi amaran kepada PAS berhubung bahaya meneruskan cita-cita teokratik. Memberi amaran supaya PAS tidak jatuh ke dalam perangkap Umno, Teresa Kok berkata, isu hudud kini menjadi senjata yang paling kuat dalam saingan politik mereka. "Kontroversi hudud telah menyediakan BN dengan senjata terbesar sejak pilihan raya umum lalu untuk menghancurkan Pakatan," kata Ahli Parlimen Seputeh itu.

Tidak menolak kemungkinan blok pembangkang berpecah atas isu ini, Kok berkata ia akan menjadi halangan untuk perjuangan rakyat menjadikan Malaysia lebih baik sekiranya ia terlaksana.PAS mengumumkan hasratnya untuk membentang dua rang undang-undang persendirian di Parlimen seterusnya menghapuskan halangan di peringkat persekutuan demi pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan]. Di cedok dari : Malaysiakini.


Depa dah kecut. DAPig dah mula merasakan bahana yang akan menimpa terhadap Pakatan Rakyat sekiranya hukum hudud di laksanakan. DAP bukan takut pada hukum hudud itu, tapi, takut hilang undi dari para pengundi orang melayu yang beragama Islam, terutamanya dari ahli PAS. Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit  Siang membayangkan akan kehancuran Pakatan Rakyat sekiranya hudud di laksanakan. Beliau sudah nampak keretakan yang begitu serius di dalam Pakatan Rakyat akhir-akhir ini.

Dan, hari ini pula, seorang lagi orang kuat DAP, iaitu nonya Teresa Kok yang begitu lantang mengkritik UMNO yang mana kononnya, hudud ini adalah agenda terbesar dalam politik UMNO dan memberi amaran kepada PAS jangan terpadaya dan masuk perangkap UMNO. Nampaknya pemimpin DAP seperti Teresa Kok ini begitu merasakan tertekan apabila mendapat berita bahawa pemimpin kedua parti UMNO-PAS akan duduk berunding bagi melaksankan hukum hudud di Kelantan. 

Bagi Teresa Kok dan DAP, apa yang penting ialah servival politik mereka. Mereka tidak peduli dan memahami kehendak rakan kongsinya, seperti PAS dan PKR. Mereka ingat parti mereka parti yang kuat, maka segala kehendak mereka harus di turuti. Tapi, disebalik ketakburan DAP ini, apabila sahaja mereka dengar yang PAS dan UMNO akan duduk berbincang mengenai isu hudud ini, ego DAP kurang sikit dan kini DAP di lihat seakan-akan merayu supaya PAS tidak membuat keputusan yang terburu-buru untuk berbincang atau menerima bulat-bulat cadang dari UMNO. 

Kesimpulannya, DAP menganggap bahawa Pakatan Rakyat akan berkubur sekiranya PAS berkerjasama dengan UMNO bagi melaksanakan hukum hudud dan yang pasti PAS terpaksa keluar dari Pakatan Rakyat (PR) untuk tidak terus di buli atau di desak oleh DAP. DAP adalah DAPig. Perangai depa tak ubah seperti binatan haram tu. Untuk itu, nasihat IBM kepada PAS, hati-hati dan sudah tiba masanya PAS berundur dan keluar dari Pakatan. Selesai masalah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...