Monday, May 5, 2014

AMBOI! KONFIDEN BETUI NAMPAKNYA KHALID GAGAP NI

ISNIN, 5 MAY 2014
[KUALA SELANGOR : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yakin dapat memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun penyandangnya, Mohamed Azmin Ali, sedang mendahului. Abdul Khalid berkata, faktor keyakinan itu yang mendorong beliau untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti pada pemilihan yang bermula Sabtu minggu lalu. “Saya yakin (boleh menang), sebab itu saya bertanding,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Kampung Pecah Batu di Bestari Jaya, semalam. Keputusan terkini menyaksikan Azmin mendahului dua pencabarnya dengan 5,111 undi, berbanding Datuk Saifuddin Nasution (2,322 undi) dan Abdul Khalid (2,288 undi).

Mengenai harapannya menjelang pemilihan parti peringkat Selangor pada 11 Mei ini, Abdul Khalid berkata, beliau mempunyai harapan tinggi, berikutan negeri itu mempunyai jumlah ahli PKR paling ramai, iaitu melebihi 170,000 orang. “Selangor merupakan negeri yang akan menjadi penentu kerana mempunyai lebih 170,000 ahli PKR, selain Sabah yang mempunyai lebih 90,000 ahli,” katanya. Abdul Khalid juga bakal dicabar bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan itu] - Ehsan dari  : Antarapos

Ini baru seronok tengok. Berentap habis ketiga-tiga eko pemimpin PKR ni bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR. Masing-masing kononnya ada kekuatan tersendiri. Dari mulut Khalid gagap yang juga selaku Menteri Besar Selangor, beliau begitu yakin akan menang dan akan menewaskan musuh tradisinya, adik kesayang penasihat PKR, iaitu Azmin Ali dan seorang lagi iaitu, Saifudddin Nasution. 

Selain dari itu, IBM difahamkan, Khalid gagap akan ditentang oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. Ini berat juga. Bagaimana kalau Khalid tewas dan tumbang d peringkat Cabang? Adakah beliau akan terus berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR?. Setakat ini apa yang kita ketahui, bahawa si Azmin masih mendahului Khalid dan Saifuddin, tapi, Khalid gagap tetap yakin dan konfiden Azmin akan tersungkur di dalam pemilihan PKR di Selangor.

Khalid juga begitu yakin bahawa sebahagian daripada 170,000 ahli PKR yang berdaftar di Selangor akan memenangkan  beliau sekali gus menewaskan Azmin dan Saifuddin. Hehehe...begitu yakin nampaknya si Khalid ni. Apapun, kta ni sebagai orang luar, tengok je lah. Menang ke kalah ke Khalid, apa yang kita dapat? Yang penting pada PRU ke-14 yang akan datang ni. Pastikan negeri Selangor kita rampas kembali dari Pakatan Rakyat (PR). UMNO-BN boleh!! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...