
Skuad Penyu hampir berada di hadapan pada minit ke-21 namun tandukan pemain import dari Colombia, Javier Andres Estupinan Romero hasil sepakan percuma Ismail Faruqi Ashari ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Marlias (gambar kanan). Percubaan pemain tengah Terengganu, Mohd Ashaari Samsudin, lapan minit kemudian hanya sedikit melepasi pintu gol Selangor. Kapten Mohd Bunyamin Umar hampir meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan pada minit ke-31 namun sepakan lemah beliau terus ke dakapan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Alawee Ramli.Kapten Mohd Bunyamin Umar hampir meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan pada minit ke-31 namun sepakan lemah beliau terus ke dakapan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Alawee Ramli. Pada babak kedua, Terengganu dilihat lebih banyak mengasak dan hampir mendahului pada minit ke-49, namun Javier Andres mempersiakan peluang ketika berhadapan dengan Mohd Farizal selepas percubaannya tersasar. Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic (gambar atas kiri) menggantikan A.Thamil Arasu dengan Muhammad Nazmi Faiz pada minit ke-60 bagi memantapkan jentera serangan namun ia tidak mengubah kedudukan].
Frust juga tengok cara Selangor bermain malam tadi. Banyak peluang yang ada di sia-siakan. Sepatutnya Selangor dah boleh mengutip 3 mata penuh sekali gus memintas Pahang untuk duduk di atas persada liga. Dalam perlawanan bolasepak sekarang ini, bermain di tempat sendiri mesti di manafaatkan, tapi, Selangor dimlihat kaku. Selangor sekarang ini tidak lagi digeruni oleh pihak lawan seperti dulu-dulu.
Dalam pada itu, pasukan pelawat, Terengganu hampir-hampir memalukan pasukan tuan rumah, Selangor. Nasib baik penjaga gol Selangor cekap dan menyelamatkan satu tandukan pemain import Terenggganu. Kalau tidak sang penyu tersenyum dan menyanyi keriangan pulang dengan 3 mata. Apapun, itulah bolasepak. Main baiki kalah atau seri, main tak baik boleh menang pulak. Harap-harap Selangor bangkit selepas ini. Majulah sukan bolasepak untuk negara. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

