Monday, May 5, 2014

PENCARIAN PESAWAT MH370 YANG HILANG DITERUSKAN. ITU JANJI NAJIB

ISNIN, 5 MAY 2014
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berazam meneruskan usaha mencari pesawat MH370 sehingga ditemui semula. Beliau berkata, usaha tersebut akan dilakukan dengan negara terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat terutama Australia yang menunjukkan komitmen luar biasa bagi membantu Malaysia. Dengan itu, segala tomahan yang dilamparkan oleh pembangkang yang rata-rata menyalahkan kerajaan dan jugaYAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib kononnya lembah dan gagal menyelesaikan isu kehilangan MH370 ini. 

Boleh dikatakan setiap hari pembangkang mengunakan Cyber Trooper mereka, Red Bean Army dan juga portal mereka seperti Harakahdaily, Keadilandaily, Malaysiakini, Malaysian Insider dan banyak lagi. Tapi, itu bukan bermakna semua ahli keluarga mangsa juga rakyat jelata menerima bulat-bulat akan fitnah dfan tomahan yang mereka lemparkan terhadap kerajaan dan juga Perdana Menteri. Pembangkang di lihat terlalu ekstrem dengan politik kotor mereka.

Tujuan mereka adalah untuk mendapat simpati rakyat dengan mengunakan isu kehilangan MH370 ini sebagai batu loncatan mereka demi untuk mendapat sokongan rakyat sekali gus membenci kerajaan. Ya...mereka kata kerajaan BN lemah, lembik dan menyembunyikan segala maklumat tentang kehilangan MH370 daripada keluarga mangsa. Itu semua adalah tektik mereka. Apapun, tektik kotor mereka itu dapat ditangkis oleh kerajaan, dan dengan pengumuman YAB Perdana Menteri untuk meneruskan pencarian MHG370 sudah pasti di sambut baik oleh kaum keluarga mangsa. Insyallah. Datuk Seri Najib, terbaikkk! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...