[Malaysia Airlines meminta pihak media agar tidak mendedahkan jumlah pampasan yang diberikan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang bagi mengelak kemungkinan berlaku ancaman keselamatan. Malaysia Airlines naib presiden kanan komunikasi strategik, Datuk Najmuddin Abdullah berkata anggota keluarga penumpang turut membuat permintaan yang sama. "Malaysia Airlines tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai jumlah pampasan seperti yang diperoleh oleh media dan kami percaya ia diperoleh dari sumber lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Oleh itu Malaysia Airlines memohon kerjasama media agar menarik balik segala artikel yang diterbitkan yang menyatakan jumlah pampasan.
Jumlah itu, katanya hanya akan diberitahu kepada keluarga penumpang dan dilakukan para kaunselor Malaysia Airlines dan menambah adalah penting pihak media menghormati keselamatan dan privasi keluarga penumpang. Terdapat lebih 1,000 anggota keluarga di bawah penjagaan Malaysia Airlines dan keutamaan syarikat penerbangan negara itu adalah bagi membantu mereka, katanya].
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Presiden kanan komunikasi staretagik MAS supaya media tidak mendedahkan kepada umum jumlah pampasan yang keluarga mangsa dapat. Ini kerana isu keselamatan kepada keluarga berkenaan. Cukupalah setakat memberi tahu kepada umum bahawa pampas telah dibayar oleh MAS kepada keluarga mangsa. Kerana sebelum ini ada desas-desus mengatakan bahawa keluarga mangsa merasa tidak puas hati di atas kelewatan MAS membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Tapi, itu semua tidak benar.
IBM yakin, berita buruk seumpama itu mesti datangnya dari mulut pembangkang yang mengunakan cyber trooper mereka, 'Reds Bean Army' untuk memburuk-burukkan nama MAS dan kerajaan. Mereka bergerak pantas, menghasut rakyat dengan memberi maklumat yang tidak betul, termasuklah isu kehilangan pesawat MH370. Mereka menyalahkan kerajaan yang kononnya lembab dan lambat bertindak dan juga menyalurkan maklumat salah kepada keluarga mangsa, terutamnya kepada keluarga mangsa dari negara China.
Harap, media dapat memahami akan permintaan MAS ini demi reputasi dan nama Syarikat penerbangan negara tidak tercemar dan di persalahkan lagi sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku terhadap keluarga mangsa. Cukupalah penderitaan yang mereka tanggung akibat kehilangan ahli keluarga mereka yang sampai ke saat ini belum terjawab. Laporlah apa yang patut, kerana segala laporan yang tidak tepat akan membuat rakyat rasa resah-gelisah dan tidak lagi menghormati media. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"