Sunday, May 4, 2014

KECOH LAGI? SAH PKR MEMANG PARTI 'KECOH DAN KELENTONG RAKYAT'

AHAD, 4 MAY 2014
[SUNGAI PETANI - Proses pengundian bagi pemilihan pemimpin Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani hari ini 'panas' sehingga proses pengundian bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan. Ini berikutan seorang calon bagi jawatan tersebut, S. Arvind Kumar hanya mengetahui namanya tiada di dalam kertas undi bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi hari ini apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang di sini.

Para penyokong Arvind bertindak mengadakan protes di luar dewan pukul 11.10 pagi apabila nama Arvind tiada di dalam kertas undi dan seorang lagi calon untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding. Para penyokong Arvind me­nuntut agar proses pengundian itu ditangguhkan dan membuat kecoh dengan menyebut perkataan seperti ‘Parti Keadilan tidak adil, nama sahaja adil’ dan lain-lain lagi.

Tindakan mereka menyebabkan proses pengundian untuk jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh baharu yang akan di­umumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Arvind berkata, dia dan para penyokongnya tidak berpuas hati apabila dikatakan tidak layak bertan­ding].

Betul ke kata orang. Kalau pangkalnya busuk, hujungnya pun turut busuk. Begitulah di umpamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam pemilihan kepimpinan Cabar parti mereka. Dah termaktub di dalam sejarah dan kita semua ketahui akan sikap dan perangai Penasihat@Punahsihat mereka (tak payah sebut nama) berperangi sedemekian. Pembohong, penipu, menfitnah, membuat hura-hara dan banyak lagi perkara-perkara yang beliau lakukan seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan jawatan di dunia ini amat-amatlah penting buatnya.

Apabila tak dapat, maka dia akan meroyan, buat demo sana-sini, heret rakyat bersama dia. Tapi, apa matlamanya? Kerajaan tidak juga tumbang. Dengan itu, penyakit kronoik yang penasihat PKR ni ada, ianya berjangkit di seluruh negara di dalam parti PKR. Kalau macam inilah  jadi, kecoh sana-sini, IBM yakin lambat laun parti PKR akan berkubur. Kita tunggu dah lihat sahaja lah. Berbalik kepada al-kisah di atas tu (baca jangan tak baca), IBM di fahamkan kekecohan demi kekecohan di dalam pemilihan Cabang PKR ni berlaku. Cuma ada yang tidak disiarkan di dalam akhbar-akhbar kerana media dah jemu kot nak dedahkan. Buat mengabihkan boreh jo, kato orang nogeri.

Apapun, penasihat PKR serta kuncu-kuncunya yang bertanding tetap akan mempertahan dan mengatakan bahawa pemilihan PKR kali berjalan lancar, penuh dengan demokrasi, tiada penipuan, bersih dan telus. Puiiii! Ambik cermin, cerminkan diri tu dulu. Mereka selalu menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononya tak telus meneandalikan PRU-PRK, tapi, sekarang apa sudah jadi pada mereka? Kira undi pun dalam Hotel budget dan berlaku pulak 'blackout'. Teluskah itu?. Tutup kedailah PKR, lagi bagus. Tidak menyusahkan rakyat.  Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...