Monday, May 5, 2014

MASYALLAH!! MAYAT BAYI LELAKI DIJUMPAI DALAM BEG TEPI TALI AIR

ISNIN, 5 MAY 2014
[[KOTA BAHARU :  Mayat bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan bernyawa dan cukup sifat ditemui dalam beg kain di tepi tali air di Jalan Dusun Muda di sini, petang Ahad. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. "Hasil bedah siasat mendapati bayi yang dibalut dengan tuala itu dilahirkan secara normal dan dalam keadaan bernyawa sebelum ditemui mati. "Terdapat penerimaan susu dalam badan bayi. Paru-parunya kembang serta saluran darah dari tali pusatnya tertutup menunjukkan bayi itu dilahirkan dalam keadaan bernyawa.

"Bagaimanapun terdapat kesan kecederaan dengan sedikit pendarahan pada bahagian belakang kepala bayi itu yang berkemungkinan berlaku akibat bayi itu dilahirkan dalam keadaan ibunya berdiri atau kerana bayi itu dicampak ke tali air," katanya. Azham berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat. Beberapa orang penduduk mendakwa melihat seorang wanita yang mencurigakan sebelum itu. "Kami nampak seorang wanita berjubah yang berjalan kaki dalam keadaan perlahan dan dilihat memeluk sesuatu di tepi tali air sebelum kami dikejutkan dengan penemuan bayi berkenaan," kata mereka]] - Ehsan mstar

BUANG BAYI MENJADI-JADI DI NEGERI YANG BERGELAR 'SERAMBI MEKAH'. SALAH SIAPA?

Binatang pun sayang anak. Ini bukan manusia namanya. Kalau iapun anak ini lahir luar nikah, janganlah dibuang macam buang sampah atau barang mainan. Letakkan le bayi yang tak berdosa tu depan Masjid, Surau atau depan rumah, bolehlah di jumpa oleh orang yang lalu-lalang kat situ. Ini tidak, dibuang macam sampah di tepi tali air. Memang kejam dan tak berhati perut langsung. Itulah, bila buat perangai tak senonoh tu, tak fikir akan akibatnya. Syoknya sekejap, tapi lari dari tanggunjawab. Tidak mengapa, lepas didunia, di akhirat menunggu. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...