City kini berada di puncak liga dengan mengatasi Liverpool menerusi perbezaan jaringan yang besar iaitu sembilan, biarpun berkongsi 80 mata daripada 36 perlawanan. Liverpool gagal untuk mengatasi keampuhan pertahanan Chelsea di Anfield, dua minggu lalu meskipun menguasai 73 peratus kawalan bola, namun pengurus mereka, Brendan Rodgers (gambar kecil kanan) berikrar tidak akan menyerah kalah selagi pertarungan belum berakhir. Kita harap kedua penyerang kembar Liverpool, Luis Suarez dan Daniel Sturridge dapat mengempur pintu gol Crystal Palace dan menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh.
Walaupun ianya bukan mudah, tapi tidak mustahil kerana di dalam dunia bolasepak macam-macam boleh berlaku. Bagi Crystal Palace pula, tiada apa yang mereka mahukan, kalah atau menang tidak menjadi soal dan mereka juga boleh membuat kejutan terhadap Liverpool, sekali-gus membantu Manchester City menjadi juara BPL 2013/2014. Apapun, peminat Liverpool yakin The Reds boleh....'You'll Never Walk Alone'. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"


