Sunday, May 4, 2014

MESTI BACA! KIT SIANG AKUI PR AKAN BERPECAH GARA-GARA HUDUD

AHAD, 4 MAY 2014
[KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Lim Kit Siang membayangkan kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah jika hudud menjadi satu isu besar. "Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif," katanya di sini, Ahad. Barisan Alternatif adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum 2004. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, berkata jika situasi itu berlaku, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, sama ada DAP, PKR atau PAS boleh dianggap gagal.

Beliau berkata, desakan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat berikutan ketidaksepafahaman berhubung pelaksanaan hudud tidak seharusnya dipandang ringan kerana isu ini semakin hangat dalam beberapa minggu sahaja. "Pakatan tidak akan berterusan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen jika hudud adalah agenda utama pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Cadangan itu mendapat bantahan DAP, sama seperti komponen BN lain termasuk MCA, MIC dan Gerakan].

Ini adalah pengakuan dari salah seorang orang kuat Pakatan Rakyat. Katanya, Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah gara-gara hudud. IBM bukan nak reka cerita, tapi, cerita dan kenyataan dari pemimpin DAP, Lim Kit Siang  seperti laporan di atas membuktikan Pakatan Rakyat tidak sepakat, bercelaru, berlain ideologi dan akan menuju kehancuran. Katanya lagi, PR mungkin akan mengikut langkah 'Barisan Alternatif' yang sepatutnya mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi, gagal. 

Apapun, hakikatnya memang terbukti Pakatan Rakyat telah gagal menyaingi BN kerana rakyat masih lagi berdiri teguh di belakang BN di bawah kepimpina YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Yang jelasnya, Pakatan Rakyat terus di landa bermacam-macam masalah. Moga apa yang dikatakan oleh pemimpin veteran DAP ni akan menjadi kenyataan, rakyat tidak lagi memandang Pakatan Rakyat sebagai relevan, sebaliknya banyak menyusahkan rakyat. Sama-sama kita nantikan kejatuhan Pakatan Rakyat kerana ketuanya akan disumbat ke dalam penjara tak lama lagi. Wasallam ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...