RABU, 12 MARCH 2014
BILA kata kat depa sikit je heboh satu Malaysia, melenting habis. Bermacam-macam andaian yang mereka buat. Tapi, IBM setuju apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin (gambar bawah) bahawa calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon boneka dan patung Anwar Brahim. Ekoran dari kenyataan Khairy itu, membuat Kak Wan Jijah naik marah dan mengingatkan Ketua Pemuda Umno itu, agar lebih menghormati orang yang lebih tua dan berhati-hati dalam membuat kenyataan. Apa, wakil rakyat depa tu termasuk Nuar Brahim baik sangat ke?
Kak Wan Jijah dengan nada yang kecewa, tapi tak nangis pulak, berkata, sebagai seorang pemimpin yang berkelulusan luar negara, Khairy perlu lebih bersikap matang dan rasional seiring dengan kedudukannya sebagai pemimpin negara. Jangan cakap ikut suka mulut dan jangan cuba simpati dengan beliau serta menyamakan beliau sebagai boneka dan patung Anwar. Sekali lagi Kak Wan Jijah ingatkan KJ supaya tolong hormat orang tua. Katanya lagi, KJ (Khairy) adalah orang yang terpelajar berkelulusan luar negara, maka tolonglah ada sedikit rasa hormat terhadap orang yang tertindas seperti beliau.
Ehhh...ehhhh, betul ke Kak Wan Jijah dan keluarganya ditindas? Tindas yang macam mana ye? Memang jelas, itulah tektik yang diguna pakai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mendapat simpati daripada rakyat bahawa calon Barisan Nassional (BN) ni jahat. Ditambah lagi dengan linangan 'air mata' kak Wan Jijah yang jatuh mengalir, maka sudah tentu rakyat akan bersimpati kepada beliau. Taktik lama Kak Wan Jijah oiii. Kak Wan meluahkan perasaanya itu di hadapan kira-kira 150 penduduk di Taman Koperasi Cuepacs, di sini, malam tadi.
Sementara itu, IBM di fahamkan Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan sewaktu berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, semalam mendakwa Azizah hanyalah 'boneka' dalam permainan politik yang dicipta partinya. Ahli Parlimen Rembau itu turut mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan usaha Pakatan Rakyat untuk 'menagih simpati' pengundi dalam PRK DUN tersebut, 23 Mac ini.
Kak Wan Jijah diletakkan sebagai calon PKR baru menggantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas suaminya itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan yang didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu. Peletakan Azizah sebagai calon pengganti dilihat pelbagai pihak, termasuk penganalisis politik, sebagai usaha PKR untuk meraih 'undi simpati' di atas kejadian yang berlaku ke atas Anwar. Biasa le tu. Itu adalah strategi dari Anwar Brahim dan kuncu-kuncunya.
Difahamkan juga, ketika berucap di Taman Koperasi Cuepacs, Cheras, Kak Jijah berkata, beliau datang ini bukan untuk meraih simpati..bukan. Tetapi beliau tahu orang Kajang tidak bodoh, tidak buta melihat ketidak adilan berlaku. Anda boleh tengok dan nilai untuk kita sama-sama fikirkan apa kita sepatutnya buat, kata kak Jijah lagi. Apa yang tidak adil berlaku di Kajang? Sedangkan pad asalnya DUN Kajang adalah milik mereka semasa menang di PRU ke-13 yang lalu. tiba-tiba ADUN nya diarah supaya letak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Brahim untuk bertanding? Jadi, kesimpulannya, siapa yang tidak adil sekarang ni?
Dan lagi, memang rakyat keliru dan tertipu oleh kerakusan Anwar Brahim untuk menjadi Menteri Besar setelah cubaan di buat beberapa kali untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia gagal. Anwar gagal. Sekarang ini, keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara terhadap Anwar dijadikan bahan kempen Kak Wan Jijah dengan menuduh ianya sebagai konspirasi Umno-BN yang mempengaruhi Institusi Kehakiman bagi menghalang Anwar Brahim bertanding di DUN Kajang. Salah Umno-BN lagi ke? Tak apa, biarkah apa Kak Wan Jijah nak kata. Tunggu pada 23 March nanti. Kita tengok siapa yang kena. Dah terlalu bosan mendengar segala pembohongan yang di bawa oleh Pembangkang ni. IBM penuh yakin, BN akan menang. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"