Wednesday, March 5, 2014

PEMINAT ARSENAL BENGANG DENGAN LIVERPOOL

RABU, 05 MARCH 2014

SEMBANG SUKAN : BPL
LONDON - Seorang peminat Arsenal yang marah telah membuat satu petisyen untuk mendesak Liverpool melepaskan Luis Suarez, berikutan komen John W. Henry berhubung kegagalan Gunners mendapatkan penyerang itu pada musim panas lepas. Arsenal telah menawarkan 40 juta dan 1 pound (RM218.85 juta) untuk membeli Suarez tetapi ditolak oleh Liverpool, yang mendakwa pemain Uruguay itu tidak mempunyai klausa pelepasan di dalam kontraknya, seperti yang dipercayai oleh oleh kelab dari utara London itu.

Bagaimanapun, Henry, pemilik Liverpool dari Amerika Syarikat, telah membuat ulasan yang bercanggah dengan fakta itu sehingga menyebabkan seorang peminat Arsenal mendesak the Reds melepaskan Suarez daripada kontrak semasanya, meminta maaf kepada Arsenal dan membayar pampasan sebanyak 4.5 juta pound (RM24.6 juta) kepada kelab bola sepak itu.

Selepas dicaci menerusi Twitter oleh peminat-peminat Liverpool yang berasa jengkel, pemilik akaun @FreeSuarez1, yang membuat petition itu menulis: "Bapa saya seorang peguam dan (dia) fikir oleh kerana Liverpool telah melanggar kontrak Suarez, secara perundangannya dia boleh berpindah ke Arsenal secara percuma."

Henry, ketika menjawab soalan dalam satu persidangan sukan pada hujung minggu lalu telah berkata: "Luis Suarez ialah penjaring terbaik dalam Liga Perdana Inggeris, yang merupakan liga bola sepak utama dunia. "Dia mempunyai klausa pembelian sebanyak 40 juta pound. Arsenal, salah satu pencabar utama kami - tahun ini kami terikat di tempat kedua... Kami sebenarnya kedua kerana perbezaan gol.

"Mereka menawarkan 40 juta dan 1 pound. Apa yang kami dapati...ialah kontrak tidak mempunyai makna besar di England - sebenarnya dalam dunia bola sepak. "Tidak kiralah berapa panjang kontrak seseorang pemain, dia boleh membuat keputusan jika dia hendak keluar. "Kami menjual seorang pemain, Fernando Torres, dengan harga 50 juta pound, yang kami tidak mahu jual, kami terpaksa. "Oleh kerana kontrak ini nampaknya tidak bermakna, kami mengambil ketetapan bahawa kami tidak mahu menjual (Suarez)," katanya. - AGENSI

P/S ~ Alahai, Suarez. Kekal aje le kat Anfield tu. Buat apa lagi nak tukar-tukar kelab. Liverpool adalah kelab ternama di England, jelas keserasian telah nampak di antara Saurez dan pemain-pemain lain. IBM yakin, Liverpool akan pergi lebih jauh lagi. Hidup Liverpool! "You'll Never Walk Alone". ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...