Monday, March 10, 2014

ALL ENGLAND MILIK CHONG WEI BUAT KALI KE-3. TAHNIAH!

ISNIN, 10 MARCH 2014

SEMBANG SUKAN (BADMINTON)
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merampas gelaran juara All England 2014 selepas membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi Isnin waktu tempatan. Pemain nombor satu dunia itu bermula garang dengan menewaskan Chen Long pada set pertama dengan 21-13. Pada set kedua Chen Long menunjukkan aksi agresif dengan memberikan tentangan sengit menerusi turutan mata yang hampir sama.

Namun ketenangan Chong Wei mengawal emosi di gelanggang serta mempelbagaikan teknik permainan membawa kejayaan dengan menyingkirkan Chen Long, 21-18 pada set kedua itu dalam masa 59 minit.  Chong Wei pernah meraih kejuaraan itu pada tahun 2010 dan 2011. Kemudian Lin Dan dari China meraih kejuaraan tersebut pada tahun 2012 dan Chen Long pada tahun 2013. Kemenangan kali ketiga Chong Wei dalam All England itu dimeriahkan dengan sokongan padu penonton Malaysia yang berada di sana. Perlawanan itu turut bersiaran langsung di televisyen satelit.

Sementara itu, juara All England bagi beregu lelaki dimenangi gandingan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia selepas menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dengan 21-19 dan 21-19. Acara perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China yang mengenepikan rakan sepasukannya Li Xuerui dengan straight set 21-19 dan 21-18. China turut mendominasi acara beregu wanita menerusi Wang Xiaoli-Yu Yang selepas menewaskan beregu sepasukan mereka Ma Jin-Tang Yuanting, 21-17, 18-21 dan 23-21 dalam masa sejam 21 minit.
P/S ~ Syabas Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya merampas kejuaran All England daripada musuh tradisinya dari Cina, Cheng Long sekali gus menjulang dan mengharumkan nama negara di kaca mata dunia di dalam sukan badminton dunia. Tapi, siapa selepas Chong Wei? Negara masih lagi tercari-cari pemain yang boleh memikul tanggungjawab seperti apa yang di lakukan oleh Datuk Lee Chong Wei. Ayuh....kepada pemain-pemain diluar sana. Tunjukan bakat anda, dan katakan boleh, kerana Malaysia boleh! Wasallam, majulah sukan untuk  negara ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. Tahniah LCW kerana mengharumkan nama Malaysia.

    Ada tak baghal puak Fuckatan yang anggap ini juga drama UMNO untuk tenggelamkan berita PM Aspirasi dema Anuwar AlJuburi kena jel 5 tahun kerana meliwat?

    Ada tak yang teringin nak ikut sama ke Penjara Kajang untuk tunjukkan sokongan membabi-babian (gantian untuk bermati-matian) kepada pemimpin tergila itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ QalamQabut,

      Nama pun Fuckataan. Itulah sebaba mereka menuduh dgn cara melulu tanpa mengunakan otak. otak depa semuanya kuning. Nak ikut Nuar Berahim ke penjara?...potong telinga saya kaalu ada yg sanggup. buat demo boleh le. Kerana apa?....kerana masukkkk!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...