APABILA IBM terbaca kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dalam sebuah portal tempatan hari ini yang menyifatkan Anwar Brahim adalah seorang 'tokoh agama', ketawa besar IBM dibuatnya. Dah hilang akal ke apa AMK Pulau Pinang ni, atau setakat nak bodek? Dan sebaliknya AMK menuduh Datuk Dr Hasan Ali seorang yang jahat, cuba menfitnah dan lari dari akidah. Tak pulak diberitahu apakah bentuk fitnah yang telah dilakukan Datuk Dr. Hasan Ali terhadap Anwar Brahim? Tiba-tiba je melenting. Tapi, apa yang IBM dengar, Datuk Dr Hasan Ali ada membuat sedikit komen yang mana dari pandang beliau, pemilihan Anwar sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang adalah tidak tepat. Jadi, komen yang sebegitu rupa dikatakan berniat jahat dan boleh merosakan akidah? Apa punya bodoh statement dari Ketua AMK Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin (gambar atas kanan) ni. Ada akai ke dia ni?. Apa barang apabila menyifatkan Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang sebagai seorang tokoh Islam.
Puiii! Tokoh agama konon. Tokoh penipu dan kelentung rakyat ada le. Rupa-rupanya si Dr Afif Baharuddin ni Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Pulau Pinang. Tinggi juga jawatannya tu. Tapi, akai tak ada, taruh kat buntut. Ketua AMK itu juga menganggap Anwar berjaya menjadikan Parlimen Permatang Pauh sebagai Parlimen yang paling banyak mempunyai Masjid serta aktif dengan aktiviti. Berbeza dengan Datuk Dr Hassan telah melakukan dosa besar dengan menfitnah seorang tokoh Islam yang berjaya menghubungkan dunia barat dengan Islam selama ini. Sekali lagi puiiii! Kononnya, sejarah telah membuktikan ketokohan Anwar Brahimyang satu ketika memimpin gerakan ABIM semenjak menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982, kawasan ini menjadi kawasan tumpuan untuk institusi pendidikan Islam dan pusat gerakan dakwah untuk negeri Pulau Pinang. Ketokohan Anwar dalam dunia Islam juga diiktiraf di peringkat global selain seringkali dirujuk untuk menjadi jambatan penghubung di antara dunia Barat dan Islam.
Bahkan di Permatang Pauh, begitu banyak Masjid di bina, Surau yang subur dengan aktiviti ilmiah dan dakwah, katanya. Bodek le. Jelasnya, ia terbukti dengan kewujudan Maahad Tahfiz seperti Yayasan An Nahdoh di Permatang Pauh, dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mula beroperasi di Permatang Pauh sejak 1996. Itukan dah tugas dia sebagai Ahli Parlimen di sana. Apa le bodoh dan biolnya AMK seko ni. Menurutnya lagi, Anwar juga dikenali sebagai pemimpin yang sering menyampaikan tazkirah dan kuliah di seluruh Masjid dan Surau sekitar Permatang Pauh dan Pulau Pinang. Maka, beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan dari Datuk Dr Hassan. Itu adalah fitnah berunsur jahat dan beliau menggesa Datuk Dr Hasan Ali untuk memohon maaf dan menarik balik fitnah itu. Sewajarnya beliau bermuhasabah diri dan bertaubat dari terus bergelumang dengan dendam kesumat serta kempunan tidak dapat menjadi Menteri Besar Selangor. Ehhh..sapa yang nak jadi Menteri Besar Selangor ni, Hasan Ali atau Anwar Brahim?
Banyak cantik statement si bahlol AMK Pulau Pinang ni. Hai..ko pergi cermin diri ko tu dulu. Kalau setakat nak bodek si 'sesumpah' tu, boleh jalan dah. Kalau kali penipu, pembelit seperti Anwar Brahim tu ko gelar dia sebagai tokoh agama, nampaknya, ko ni lagi teruk dan dah mental. Hehehehe. Elok korang berdua muhasabah diri. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Mungkin masa PAS Permatang Pauh mencabar Anwar supaya bersumpah dalam masjid disana, AMK ni belum beranak lagi. Masa tu Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO. PAS mencabar Anwar bersumpah dalam masjid Permatang Pauh bahawa Anwar tak makan duit judi tapi Anwar tak datang. Kenapa tak berani datang? Mungkin juga AMK ni tak pernah dengar Mat Sabu memberi gelaran "al-juburi" setiap kali nama Anwar disebut dalam ceramah PAS.
ReplyDeleteibm ~ akmy,
DeleteSalam bro. Mungkin juga tu. Tapi jelas kita nampak bahawa AMK ni trlalu taksub dgn Anwar Brahim. Saya yakin mereka tahu akan hal sebenar tentang si nuar brahim ni. Tapi, depa buat tak tahu, kononnya nak hormat manusia yg mereka gelar 'tokoh agama'...tapi, sebenarnya manusia yg mereka puja itu adalah manusia yg dikelilingi oleh syaitan dan iblis. WA.