Ketika media tempatan terutama sekali media sosial mendedahkan tentang hubungan antara juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan PKR, para pemimpin PKR khususnya, mula mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang. Pecacai-pecacai mereka menerusi Facebook dan blog melakukan penafian selain menuduh, dakwaan berkenaan sebagai liar, tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahat. Ancaman saman oleh PKR terhadap media tempatan cukup masyhur dan terkenal. Mana media tempatan yang menghentam PKR, tidak dikenakan saman. Sehinggakan blogger marhein pun turut disaman oleh PKR semata-mata kerana pendedahan yang dikatakan fitnah. Dek kerana itulah para penyokong PKR begitu mendabik dada bahawa setiap isu yang diutarakan, adalah fitnah berdasarkan ‘rekod cemerlang’ mereka di Mahkamah. Namun sungguh berbeza apabila beberapa media asing mendedahkan tentang kepincangan PKR dan para pemimpinnya. Daily Mirror dan The Mail bukanlah yang pertama. Yang cukup popular sebelum kedua-duanya adalah Jerusalem Daily yang mempertikaikan tentang Anwar Ibrahim. Ketika itu, para pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat langsung tak berani angkat muka dan suara. Malah masing-masing buat pekak badak dan bodoh tongong sambil cuba menimbulkan isu-isu lain yang langsung tidak bersangkut paut.
Kini muncul semula pertikaian terhadap PKR dan Anwar Ibrahim. Kali ini lebih besar kerana ia membabitkan tindakan strategik banyak negara selain keselamatan dan nyawa manusia. Sebarang kesilapan akan menyebabkan banyak negara terutama sekali China dan Amerika Syarikat memulakan peperangan besar yang sudah tentu Malaysia juga akan terlibat selain Russia dan Amerika Syarikat serta Ukraine. Sehingga setakat artikel ini ditulis, nasib pesawat, anak-anak kapal serta penumpang masih belum diketahui. Tidak ada sebarang tuntutan, tidak ada sebarang kumpulan yang mengaku bertanggungjawab, tidak diketahui di mana pesawat itu berada dan tidak ada teknologi yang dapat menemukan pesawat malang itu. Pihak berkuasa bagaimanapun, sudah menukar status pesawat tersebut daripada kemalangan kepada perampasan. Siasatan yang dijalankan sekarang adalah di bawah skop jenayah. Kaitan yang cuba dibuat oleh media-media Barat itu dengan PKR dan khususnya Anwar Ibrahim bukan sesuatu yang kecil. Kalaulah media-media berkenaan berada di Malaysia, barangkali sudah bersusun berbaris peguam yang Anwar Ibrahim aturkan untuk menyaman.
Namun apa yang Anwar Ibrahim mampu lakukan sekarang hanyalah, membuat penafian dan menyifatkan laporan tersebut sebagai tidak tepat, berniat jahat dan menfitnahnya serta parti yang dia sendiri adalah teraju utamanya. Tidak pula Anwar Ibrahim berani menyatakan bahawa media-media terbabit telah dibeli oleh UMNO-BN sebagaimana dalam banyak kes sebelum ini, semuanya dihalakan kepada UMNO-BN. Sudah ada yang bertanya, tidakkah Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan saman terhadap media-media tersebut yang jauh lebih besar capaian dan pengaruhnya di dunia berbanding Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian dan NSTP? Ramai juga yang menanti-nantikan apakah Anwar Ibrahim akan menggunakan segala hubungannya di Barat untuk mengenakan media-media tersebut agar menjaga susila serta adab sopan apabila berbicara tentangnya?
Setakat ini, tidak ada sebarang langkah yang akan diambil terhadap media-media tersebut. Sebaliknya Anwar hanya terus menyalak dan menyalak menyalahkan segala sistem dan para pemimpin UMNO-BN dengan harapan dia tidak akan terus dipersalahkan dan dikaitkan dengan kehilangan pesawat berkenaan. Taktik sebegitu barangkali sudah tidak kena lagi dan tidak lagi dapat diterima. Sudah terlalu acap Anwar Ibrahim menggunakan taktik murahan itu. Bahkan sudah terlalu acap juga, dia terkantoi dan kemudian cuba mengalihkan isu dengan isu-isu baru yang adakalanya terpaksa dicipta untuk tujuan sensasi. Apakah Anwar Ibrahim yang sedang menggeletar ketakutan, akan bersuara, atau menyalak garang di dalam negara tetapi tidak lagi berani untuk keluar dari sempadan negara? Kita sama-sama tunggu! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"