KUALA LUMPUR, 2 Mac – Dasar yang diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat adalah berpandukan kepada keperluan mereka, bukan kerana untuk menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini berkata memberi bantuan kepada rakyat sudah menjadi satu norma bagi BN sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, katanya sesetengah rakyat mendapat gambaran salah (mengenai bantuan yang diberi) dan menganggap BN hanya memberi peruntukan semasa pilihan raya dan ini tidak benar sama sekali.
“Tanpa mengira masa dan tempat, MCA sentiasa berusaha dengan sesungguh hati untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat,” kata Chew, yang juga bakal calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini. Dalam kenyataan di sini, Chew berkata wakil rakyat perlu mendengar pendapat rakyat dan menjaga keperluan mereka serta terus berusaha ke arah meningkatkan kemajuan ekonomi, budaya dan sosial di negara ini.-MediaUMNO
P/S ~ Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Datin Paduka Chew Mei Fun adalah tepat sekali. Bantuan yang BN salurkan bukan hanya bila ada pilihan raya sahaja. Bantuan BN kepada rakyat berterusan dan BN tak pernah memilih bulu bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat. Senoneng dengan slogan, "Rakyat di dahulukan, pencapian diutamankan". Hanya pembangkang yang menabur fitnah dan membuatkan rakyat benci kepada kerajaan BN. Apapun, BN telah buktikan. Kepada Datin Paduka Chew, selamat berjuang di PRK DUN Kajang, moga beroleh kejayaan, insyallah. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"