Tuesday, March 11, 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370 : BERJAYA BUAT TIGA KALI PANGGILAN TELEPHONE, TAPI TIDAK DIJAWAB.

SELASA, 11 MRACH 2014
BEIJING 10 Mac - [TERKINI]. Seorang lelaki yang mendakwa dia adalah salah seorang ahli keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini masih gagal dikesan walaupun usaha mencarinya sudah diperluaskan memberitahu, dia berjaya menghubungi telefon bimbit milik abangnya yang merupakan salah seorang daripada 227 penumpang yang menaiki pesawat tersebut. Portal The Real Singapore melaporkan, klip video yang merakamkan lelaki berkenaan sedang mendail nombor telefon milik abangnya itu turut disiarkan di Beijing Television.

Video tersebut menunjukkan lelaki itu berjaya menghubungi telefon bimbit abangnya, namun panggilannya itu tidak dijawab. Lelaki itu yang enggan mendedahkan namanya itu turut mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit abangnya itu sebanyak tiga kali, dan kesemua panggilan itu tidak dijawab. Lelaki itu memberitahu pemberita di sini demikian selepas berlangsungnya satu taklimat yang disampaikan oleh kakitangan MAS berhubung kejadian pesawat MAS jenis Boeing 777-200ER itu hilang sejak tiga hari lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Ekoran penedahan lelaki itu, ahli-ahli keluarga penumpang pesawat terbabit yang kini berada dalam kesedihan, menggesa MAS menggunakan teknologi satelit untuk menggesan isyarat telefon bimbit berkenaan, sebelum ia kehabisan bateri. Seramai 150 orang penumpang warga China berada dalam pesawat MH370 itu sebelum terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang, Kuala Lumpur pada pukul 2.40 pagi kelmarin, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Malaysia pada 12.41 tengah malam.

P/S ~ Kalau begitu, masih ada harapan untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang itu yang sudah masuk hari ke-empat. Doa kami seluruh rakyat malaysia agar korang semua selamat. Aminn. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

2 comments:

  1. yg pasti kotak hitam tak berfungsi,kenapa ?adakah kotak hitam dimatikan ?Siapa yg mematikan? kalau kotak hitam berfungsi tidak sukar mengesan dimana lokasi pesawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm ~ salim hasan,

      Masalahnya skrg, pesawat tidak dijumpai. Jadi, macam nak jumpa kotak hitam tu. MIsteri...memang misteri...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...