Tuesday, March 18, 2014

APA BETUL MAHFUZ@MR BEAN SANGGUP JADI TEBUSAN JIKA BETUL MH370 DI RAMPAS? HEHEHE..KELAKAR..KELAKAR!

SELASA, 18 MARCH 2014
Rasa nak tergelak pun ada bila IBM baca di dalam sebuah portal tempatan apabila seorang Pemimpin Pakatan Rakyat sanggup menggantikan seramai 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai tebusan sekiranya pesawat itu memang dirampas. Betul ke ni atau ianya hanya sebuah jenaka? Cerita ini berlaku ketika semasa persidangan Dewan Rakyat berlangsung. Nak tahu siapa pemimpin Pakatan Rakyat tu? Tak lain tak bukan ialah  Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS), Datuk Mahfuz Omar@Mr. Bean. Ketika ditemu ramah oleh seorang wartawan, katanya, jika pesawat itu dirampas, pastinya wujud perbincangan sekarang. Maka, Apa yang beliau bimbangkan adalah keselamatan penumpang. Jesteru, beliau sanggup menggantikan tempat penumpang dan menjadi salah seorang tebusan jika perlu, katanya.

Wow! terkejut beruk juga kita semua mendengarnya. Nak jadi hero le pulak Mr Bean PR ni. Tapi, bukan dia seorang sahaja pemimpin PR yang hendak jadi tebusan. Rupa-rupanya tawaran tersebut  turut melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Memang sah, pemimpin-pemimpin PR ini menempa nama, sekiranya berjaya, maka mereka lah yang dapat nama, hero le konon. Podahhh! Jangan mimpi le korang. Sementara itu ketika sesi perbahasan, Mahfuz menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menjelaskan persoalan yang masih belum terjawab berhubung misteri kehilangan pesawat itu. Katanya, tidak menjadi masalah Parlimen menolak usul beliau untuk membincangkan isu ini tetapi Perdana Menteri atau pemangku Menteri Pengangkutan perlu tampil dan memberikan penjelasan, katanya.

Penjelasan apa yang Mr Bean ni mahu? Takkan dia dan pemimpin-pemimpin PR yang lain tak tahu bahawa kerajaan sedang berusaha dan bertungkus lumus untuk mencari dan merungkai segala misteri akan kehilangan MH370 serta dibantu oleh negara-negara lain? Kan bingung dan bahlol pemimpin-pemimpin PR ni? Ada hati nak jadi tebusan. Puiii!. Memang kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin PR cakap tak serupa bikin. Bagi IBM, jangan layan sangat kerenah pembangkang ni. Kerajaan buat apa yang patut. Insyallah, misteri kehilangan pesawat MH370 ini akan terjawab juga nanti. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...