KALAU kita kata bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini parti anak beranak, ramai yang marah. Tak percaya? Tengok apa sudah jadi dengan calon PKR untuk PRK DUN Kajang. Setelah Anwar Brahim tidak layak bertanding dik kerana dihukum penjara 5 tahun oleh Mahkamah kerana didapati bersalah dalam kes liwat ll nya, kini, PKR melantik isteri Anwar Brahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi calon pada PRK DUN Kajang. Tapi, menurut sumber, masih lagi berteka-teki mengenai kemungkinan beliau (Wan Azizah) akan meneruskan agenda suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac ini. Ada hati nak jadi Menteri Besar juga Kak Wan Jijah ni. Dah tak ada calon lain ke untuk menjadi Menteri Besar Selangor? Itulah penangannya bila Parti PKR dikuasai oleh anak-beranak. Kuasa ditangan mereka dan mereka boleh buat apa sahaja. Parti seperti ini yang ramai orang sokong?
Disamping itu, cakap Kak Wan Jijah ni pun berputar-belit. Sat kata beliau tak penting jawatan MB tu. Apa yang penting pada waktu ini ialah memastikan kemenangan PKR terlebih dahulu sebelum sebarang perancangan ke arah itu dilakukan. Kak Wan Jijah dalam pada itu berkata, kemenangan itu akan memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setakat ini beliau mahu menang dulu.. Tan Sri (Khalid) dengan beliau adalah satu pasukan. Jadi kalau menang, memperkukuhkan pasukanlah, katanya. Seperti yang kita sedia maklum, Kak Wan Jijah akan bersaing dengan calon Barisal Nasional Chew Mei dalam pertandingan dua penjuru. Esok adalah hari penamaan calon.
Presiden PKR itu dipilih oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding setelah Ketua Umum parti itu hilang kelayakan bertanding susulan pensabitannya di atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Rayuan Jumaat lalu. Anwar dihukum penjara lima tahun namun hukuman itu ditangguh sehingga keputusan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan Azizah dalam pada itu menegaskan beliau bersedia menggalas sebagai seorang ADUN. Katanya, walaupun orang kata beliau calon rizab, tapi beliau bukanlah 'koman'sangat. Saya Presiden PKR, katanya. So, what. Kak Wan Jijah dalam pada itu juga tidak kisah sekiranya perletakan dirinya menggantikan Anwar dikatakan sebagai meraih undi simpati untuk kemenangan PKR.
Bagi beliau, kira simpati atau tidak itu adalah naluri manusia. Manusia itu menentang kezaliman. Kalaulah beliau ini lambang orang yang dizalimi, beliau kira dan yakin beliau nakkan orang menyokong beliau, katanya lagi. Memang bijak Kak Wan mengatur strategi meminta simpati dari pengundi-pengundi di Kajang. Tapi, ini adalah percaturan politik. Sesiapa pun tidak boleh terlalu yakin akan menang kerana pengundi-pengundi sudah bijak dan tidak mahu tertipu lagi. Apapun, kita jumpa di Kajang esok bagi penamaan calon dan lepas itu gendang PRK sudah dipalu, maka berkempenlah dan jangan lupa mengundi pada 23 March 2014. Oleh itu, sama-sama kita mendoakan kejayaan calon BN kita iaitu, Datin Paduka Chew Mei Fun. Jumpa di Kajang esok. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"