DUNIA HUBURAN
Penyanyi era 60-an Datuk A. Rahman Hassan mengakui dia lebih menghargai nikmat hidup sihat selepas 15 hari berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat mengalami strok. A.Rahman, berkata, dia kini dalam proses pemulihan selama lima hingga enam bulan sebelum pulih sepenuhnya dan kembali aktif. "Bagus juga sakit sekali-sekala, barulah kita sedar dan bersyukur terhadap nikmat sihat yang Allah beri selama ini. "Saya baru sahaja keluar HKL minggu lalu dan doktor menasihatkan agar berehat di rumah selama dalam proses pemulihan iaitu kira-kira lima hingga enam bulan," katanya ketika ditemui pada program lawatan Pengasas Yayasan Warisan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, di sini, Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.30 petang, 25 Februari lalu itu, A. Rahman rebah ketika sedang duduk di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu yang berada di sebelahnya. Penyanyi itu dikejarkan ke HKL selepas sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian. Tambah A.Rahman berkata, sepanjang berada di hospital, dia sentiasa berfikiran positif untuk kembali pulih dengan segera. "Saya tidak boleh bangun dan mereka menyuruh saya buang air kecil dan besar dari atas katil tetapi saya tidak mahu dan menyuruh anak-anak memapah saya ke tandas. "Sehingga beberapa hari saya gagahkan juga diri untuk berjalan perlahan-lahan sendiri ke tandas, saya sentiasa fikir bahawa saya boleh lakukannya sendiri," katanya.
Tambahnya, penyakit strok tersebut membuatkan dia kurang daya imbangan badan dan sukar untuk berjalan. Sementara itu, katanya, biarpun masih belum pulih, dia tetap memikirkan soal kerja-kerja yang sudah dirancangnya sebelum jatuh sakit. "Ada dua persembahan yang saya terlepas dan akan datang ada persembahan majlis makan malam pada 22 Mac ini, saya sudah beritahu doktor ingin pergi menyaksikan persembahan tersebut, "Biarpun tidak dapat beraksi, namun saya datang beri sokongan kepada teman-teman lain," katanya. Sementara itu, pada majlis tersebut, A.Rahman turut menerima sumbangan ikhlas daripada pihak Yayasan Warisan Negara sebanyak RM5,000. Turut hadir pada lawatan tersebut ialah Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez.

P/S ~ Harap selepas ini abang Rahman Hasan berehat buat sementara dahulu. bila dah betul2 sembuh, barulah aktif balik. Kesihatan tu penting bang. Teruskan perjuangan mu di dunia seni. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"