Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melakar sejarah buat negara apabila dijadual merasmikan pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini kira-kira pukul 8 malam ini. Peristiwa itu mengulangi catatan sejarah yang dilakar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu merasmikan pembukaan jambatan pertama Pulau Pinang kira-kira 29 tahun lalu iaitu pada 3 Ogos 1985. Pada 30 April lalu, DS Najib terlebih dahulu melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga di dunia.
Dalam pada itu, majlis perasmian penuh bermakna malam ini akan disaksikan lebih 10,000 rakyat di Batu Maung dekat sini dalam upacara penuh gilang-gemilang bermandikan cahaya bunga api. Majlis pelancaran itu bermula lebih awal dengan penganjuran karnival rakyat di Batu Maung iaitu pintu masuk dan keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di bahagian pulau. Karnival yang bermula seawal pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam itu bakal menyaksikan pelbagai program dianjurkan antaranya konsert dan pertandingan sukan selain gerai jualan serta pameran.
Orang ramai buat pertama kali berpeluang merentasi jambatan kedua itu yang dibuka secara percuma, tepat pada pukul 12.01 tengah malam esok. Dibangunkan Kerajaan Pusat dengan kos keseluruhan kira-kira RM4.5 bilion, jambatan itu menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau. Pembinaannya bakal mengurangkan kira-kira 25 peratus kesesakan di jambatan pertama Pulau Pinang selain memberi alternatif kepada orang ramai memasuki bahagian pulau menerusi wilayah selatan negeri itu.
Dengan kadar tol yang kompetitif iaitu kurang daripada RM10, jambatan itu dilihat bakal menjadi pilihan utama pengguna menyeberangi selat selatan yang menyajikan pemandangan laut yang cukup mempersonakan terutama pada sebelah malam.
P/S ~ Dengar citer ada yang sakit hati dan mata merah bila dia tidak diberi peluang untuk merasmikan Jambatan kedua Pulau Pinang tu. Maklumlah, dia ingat dia Ketua Menteri dah besar sangat. Dasar keras kepala dan samseng. Itulah wajah sebenarnya pemimpin-pemimpin DAPigs yang mengamalkan politik 'rasis'. Korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"