Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli dilarang masuk Sarawak pada Selasa. Kedua-dua Ahli Parlimen pembangkang itu benggang dan merapu di Twitter bahawa mereka tidak dibenarkan memasuki negeri itu dan diminta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Heheheh....padan muka korang berdua. Penerbangan bersama @AnwarIbrahim @rafiziramli ke Sibu : Rafizi & beliau diberitahu tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, kata Tian Chua di Twitternya.
Manakala Ahli Parlimen Pandan, Rafizi menulis di Twitternya bahawa beliau dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ditahan di pejabat Imigresen Sibu, bagi menunggu pengusiran. Mereka berdua tidak dibenarkan memasuki Sarawak, kata beliau di Twitter. Walau bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki negeri itu.
Terdahulu dari itu semalam, Isnin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak dibenarkan memasuki negeri itu. Ahli Parlimen pembangkang berada di Sarawak untuk berkempen sempena pilihan raya kecil (PRK) Balingian yang akan diadakan pada Sabtu. IBM rasa langkah tersebut yang dibuat oleh pihak berkuasa Sarawak untuk tidak membenarkan kedua-kedua 'Panglima Badut' PKR masuk ke Sarawak adalah keputusan yang tepat sekali.
IBM dapat rasakan, sekiranya kedua-duanya dibenarkan masuk akan menjadikan suasana di PRK Balingian akan menjadi kecoh. Dah ramai rakan-rakan mereka dari Pakatan Rakyat Semenanjung berkumpul di sana. Harapan kita agar Barisan National (BN) akan menang besar sekali gus membelas dendam kekalahan BN di PRK DUN Kajang. IBM rasa rakyat/pengundi di DUN Balingian tidaklah se bodoh penduduk di Kajang. Mereka tahu siapa yang mereka nak pilih. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"