Friday, March 21, 2014

PENIPU...MEMANG PENIPU! DOA KAK WAN JIJAH DOA MERAIH SIMPATI, DAN...HANYA UNTUK ANWAR..

JUMAAT, 21 MARCH 2014
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal apabila poster yang memaparkan gambarnya yang sedang berdoa sambil menangis disalah ertikan kononnya bertujuan meraih simpati pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Ahad ini. Bagaimanapun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengakui bahawa beliau sememangnya berdoa untuk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun. "Saya tak tipu...memang saya berdoa untuk suami saya. Doa saya ikhlas," katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di sini semalam, Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan banyak pihak yang mempertikan tujuan poster yang mula dipasang di beberapa lokasi sejak Rabu malam digunakan sewaktu kempen PRK Kajang. Rata-rata mereka mendakwa poster  yang mengaitkan kes mahkamah Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu sengaja digunakan sebagai modal kempen di saat-saat akhir bagi mencetuskan sentimen simpati dikalangan pengundi. Selain poster tersebut, turut memenuhi kawasan sekitar DUN Kajang ialah poster Anwar yang bertulis 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim' walaupun beliau tidak bertanding dalam PRK Kajang.

Namun Wan Azizah bertegas mempertahankan penggunaan poster berkenaan kerana menurutnya PRK Kajang sememangnya digunakan sebagai referendum sistem kehakiman negara khususnya membabitkan Anwar yang didapati bersalah kerana meliwat. Tak mengapa...pengundi pun tahu maksud poster berkenaan, katanya. Yolah tu. Memang pengundi-pengundi semua tahu apa maksud poster tersebut. Mereka tahu ianya bermaksud untuk meraih simpati. Bila tengok muka sedih Kak Wan Jijah sedang berdoa, mereka (pengundi) tahu itu adalah lakonan semata-mata. Pengundi-pengundi bukannya bodoh Kak Wan oii. 

Dan ada juga yang bertanya akan maksud tulisan di poster tersebut. 'Keadilan Untuk Anwar Ibrahim'? Keadilan apa yang dimaksudkan oleh Kak Wan? Anwar dihukum dik kerana perbuatannya sendiri, itu dikatakan tidak adil? Bertaubatlah Kak Wan Jijah ooii. Jangan tambah dosa tu lagi. Berat bahu Kak Wan pikul nanti. Maka, Kak Wan di nasihatkan supaya hentikan lah segala lakunan ini. Sia-sia sahaja. Kepada pengundi-pengundi di Kajang, jom kita tolak Kak Wan Jijah kerana beliau tidak ikhlas dalam perjuangan. Perjuangan beliau adalah untuk Anwar Brahim, bukan untuk rakyat.  Fikir-fikirkan lah. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...