Thursday, March 20, 2014

PAKATAN HARAM PUNCA HARGA BARANG NAIK. PENIAGA TERPAKSA BAYAR KADAR LESEN PERNIAGAAN YANG MAHAL!

KHAMIS, 20 MARCH 2014
Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menaikkan kadar lesen perniagaan secara mendadak di antara 300 hingga hingga 400 peratus disifatkan paling tinggi di negara ini, seterusnya akan meningkatkan kos sara hidup rakyat dan bukannya menyediakan kehidupan lebih baik. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Shamsudin Lias (gambar bawah) berkata, kenaikan itu tidak sesuai dilakukan pada masa ini kerana akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos daripada segi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan oleh peniaga. Ini kerana, jelasnya, peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi mengimbangi kenaikan kos tanggungan dengan mengalirkan beban tersebut kepada pengguna. 

Jika keadaan ini berlaku, maka yang akan menerima kesan akhirnya adalah rakyat itu sendiri yang terpaksa membayar untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan berbanding sebelum kenaikan lesen perniagaan. Apakah kerajaan negeri tidak mengambil kira kesan rantaian khususnya kepada rakyat di sebalik keputusan menaikkan lesen perniagaan ini? Keadaan sebegini akan menyulitkan lagi bebanan rakyat dalam menghadapi kos sara hidup semasa, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mengulas mengenai kenaikan tersebut, Mohd. Shamsudin menjelaskan, beliau dimaklumkan bahawa kenaikan lesen perniagaan kini dapat dilihat di beberapa kawasan. Sebagai contoh di Shah Alam, katanya, beliau difahamkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menaikkan lesen perniagaan kedai runcit dan kedai serbaneka berkeluasan kurang daripada 500 meter persegi sebanyak RM280 berbanding RM200 sebelum ini.

 Selain itu, bagi industri elektronik, MBSA turut menaikkan lesen perniagaan pada kadar 125.5 peratus iaitu RM1,020 berbanding RM480 sebelum ini. Pada masa sama, jelasnya, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dilaporkan turut menaikkan kadar lesen perniagaan antaranya lesen premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 pada tahun lalu kepada RM1,490 tahun ini. Selain itu katanya, kadar lesen perniagaan bagi kedai membaiki kenderaan pula meningkat 167 peratus, kedai jahit (160 peratus), kilang membuat makanan sejuk beku (70 peratus) kilang memproses mi (51 peratus) dan farmasi (46 peratus).

Keadaan sama turut dihadapi peniaga di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang dilaporkan turut berhadapan dengan kenaikan itu. Berdasarkan kenaikan berkenaan, saya difahamkan premis melebihi 500 meter persegi, bayaran lesen perniagaannya menjadi RM1,500 atau lebih manakala bagi premis yang berkeluasan kurang dari itu perlu membayar RM1,000 atau lebih, jelasnya.  Dalam pada itu, Mohd. Shamsudin turut menyatakan, pihaknya tidak menghalang kerajaan negeri menaikkan lesen perniagaan tetapi kenaikan tersebut perlu dibuat secara berperingkat-peringkat selari dengan bebanan kos yang ditanggung rakyat, bukannya hanya memikirkan kutipan hasil semata-mata. Jika ada pemimpin pembangkang menuduh dasar kerajaan Pusat punca kenaikan kos hidup rakyat meningkat, beliau fikir kerajaan negerilah yang sebenarnya begitu, kata Mohd Shamsuddin.

Kesimpulannya bahawa apa yang dikatakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat merekalah kerajaan berkebajikan, prihatin dan membela rakyat, maka ianya ternyata bohong dan penipu. Rakyat di tipu-tipu hidup demi kepentingan politik kotor depa. Jadi, nak bagi kat PR lagi ke DUN Kajang ni. Fikir-fikirkan, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...