Wednesday, March 19, 2014

ANGGOTA KELUARGA PENUMPANG RAKYAT CINA MOGOK LAPAR? BIAR BETUL NI.....

RABU, 19 MARCH 2014
Malaysia Airlines sedang menyiasat laporan yang mendakwa anggota keluarga penumpang rakyat China yang berada dalam Penerbangan MH370 mengugut untuk melancarkan mogok lapar di Beijing dalam usaha mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kehilangan pesawat itu. Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya (gambar kanan) berkata beliau akan menyiasat laporan itu dan sedang berhubung dari semasa ke semasa dengan pasukan Malaysia Airlines di Beijing. 

Jika sesuatu seperti itu berlaku, Malaysia Airlines sudah tentu akan menyiasatnya dengan segera. Dengan segala yang kami mampu, kami memberi jaminan bahawa kami telah memberi bantuan yang mencukupi, maklumat dan penjagaan kepada semua ahli keluarga di Beijing, kata beliau dalam sidang media mengenai kehilangan Penerbangan MH370, di sini petang semalam.

P/S ~ Siasat jangan tak siasat. Dalam keadaan sekarang ini memang rami pihak yang menyebarkan berita yang tidak tepat dan betul. Ini akan menjejaskan nama baik negara. Pembangkang dah tentu terlibat sama. Apapun, tahniah kepada kerajaan kita yang telah membuat yang terbaik bagi merungkai kehilangan 'misteri' pesawat MH370. Mudah-mudah berjaya. Amin!. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA" 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...