Friday, March 7, 2014

SYUKUR..SYUKUR! ANWAR BERSALAH LIWAT SAIFUL BUKHARI...BERKUBURKAH KRIER POLITIK ANWAR BRAHIM?

JUMAAT, 07 MARCH 2014
Akhirnya Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah
Berakhirkah krier Politik Anwar Brahim?
PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, pada Jumaat terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari. Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang ini untuk menjatuhkan hukuman.
Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.


Reaksi Rakan-Rakan Anwar Setelah Disabitkan Kesalahan Meliwat Saiful :


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli: 
"Saya tak terkejut malah saya telah bersedia secara mental untuk pusingan terbaru ketidakadilan ini".

Bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga:
"Saya meminta Anwar supaya tabah. Saya tidak boleh percaya dengan apa yang berlaku".

ADUN Bukit Lanjan: Elizabeth Wong  
"Keputusan Mahkamah rayuan mengejutkan. Mana pergi keadilan".

Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim - Eekmal Ahmad: 
"Jika perlu ke jalan raya untuk protes secara aman kita akan turun ke jalanraya. Apapun medan utama Kajang. Demokrasi harus dijunjung."

UPDATE-Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman penjara 5 TAHUN keatas Anwar. Karpal kata nak buat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
KPN Tan Sri Khalid kata polis siap sedia ambil tindakan ikut undang2 negara jika berlaku perhimpunan jalanan berikutan keputusan kes liwat Anwar-Agendanews.

P/S ~ 5 tahun je kena? Tak apa. Asalkan dia kedalam. Syukur alhamdulillah. Akhirnya ke dalam juga ko ye nuar. Duduk kat dalam tu diam-diam. PKR biar kak Wan yang handle. Rasa-rasa le memang ramai yang buat kenduri kesyukuran bila mendengar perkhabaran yang baik ini. Tak ada lagi kita dengar kerenah 'sesumpah' yang telah banyak menyusahkan rakyat dan negara. Insyallah negara akan aman tanpa Nuar Brahim. Tapi....sudah semastinya Nuar akan membuat rayuan demi rayuan. Tak percaya tunggu dan lihat. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...