Sunday, March 30, 2014

APA HAL LE PULAK NAMA PAK LAH TERSENARAI DALAM PENGAWASAN NSA, APA SALAH PAK LAH?

AHAD, 30 MARCH 2014
BERLIN : Dokumen sulit yang didedahkan oleh akhbar Jerman, Der Spiegel, semalam menunjukkan nama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tersenarai di kalangan pemimpin yang dilaporkan menjadi sasaran Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) untuk pengawasan. Laporan itu bagaimanapun, tidak memberi apa-apa maklumat lanjut mengenai pengawasan terhadap bekas perdana menteri Malaysia itu. Lebih 100 nama pemimpin-pemimpin asing tercatat dalam senarai tersebut. Satu siri fail dari arkib yang diberikan kepada pemberita oleh pemberi maklumat NSA, Edward Snowden, yang turut dilihat oleh Intercept, mendedahkan bahawa antara nama dalam senarai NSA itu termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel.

Dokumen-dokumen itu juga buat kali pertama mengesahkan bahawa pada bulan Mac 2013, NSA mendapat perintah mahkamah rahsia terhadap Jerman sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan AS untuk memantau komunikasi yang berkaitan dengan negara itu. Der Spiegel, pada Oktober lalu menerbitkan cerita bahawa panggilan telefon bimbit Merkel telah dipantau oleh NSA, mencetuskan tindak balas diplomatik yang tegang terhadap hubungan AS-Jerman. Merkel dilihat telah diletakkan di bawah NSA itu yang dipanggil 'Target Knowledge Base' yang Der Spiegel gambarkan sebagai pangkalan data agensi pusat terhadap individu sasaran. Keterangan dalaman NSA menyatakan bahawa pekerja boleh menggunakannya untuk menganalisis 'profil lengkap' orang yang disasarkan.

Sistem carian NSA yang dinamakan Nymrod menunjukkan Merkel disenaraikan bersama Bashar al -Assad dari Syria. Hanya 11 nama yang ditunjukkan pada dokumen itu, dengan Abdullah Badawi mendahului senarai. Senarai ini mengikut susunan abjad, tetapi senarai penuh mengandungi 122 nama, kata Der Spiegel. Nama-nama lain dalam senarai itu termasuk Alexander Lukashenko (Belarus) dan Alvaro Uribe (Columbia). NSA menggunakan sistem Nymrod untuk 'mencari maklumat berkaitan sasaran yang sukar dikesan' menurut dokumen dalaman NSA.

Nymrod mendapat laporan rahsia berdasarkan komunikasi yang dipintas serta transkrip penuh yang difaks, panggilan telefon dan komunikasi yang dikumpul dari sistem komputer. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Caitlin Hayden memberitahu The Intercept bahawa pentadbiran Obama "tidak memantau dan tidak akan memantau komunikasi Canselor Merkel." Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa pengawasan yang telah berlaku pada masa lalu dan enggan mengulas menganai intipan terhadap para pegawai kanan Jerman masih diteruskan. 

Persoalan yang timbul kini dan menjadi tanda-tanya. Apa salah Pak Lah dan kenapa pengawasan terhadap beliau baru sekarang di timbulkan oleh NSA? Sama-sama kita nantikan akan perkembangan selanjutnya. Pak Lah harus tampil dan menyiasat sejauh mana kebenarnya akan laporan dari Jerman itu. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

6 comments:

  1. Salah nya adalah kerana lepaskan bang non...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amat bersetuju dengan jj man. kesalahan paling besar pak lah ialah melepas bang non. bukan saja tersenarai dalam NSA, pak lah pun sampai kena tendang keluar kerajaan.

      Delete
  2. Pak Lah ialah pengasas Islam Hadhari. Cukup bahaya tu. Sebab tu Malaysia sendiri tak berani guna konsep maupun istilah tu...

    ReplyDelete
  3. Dia disiasat kerana terlampau banyak tidor dan kenapa bengap sangat!

    ReplyDelete
  4. Tak masok akai orang nak siasat sibodoh ni, buang masa je!!!

    ReplyDelete
  5. Salam semua.

    Ini bermakna, Pk Lah pun harus bertaubat..hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...