Monday, March 10, 2014

JABATAN IMIGRESEN DISIASAT ISU PASPORT CURI.

ISNIN, 10 MARCH 2014
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengarahkan siasatan terpeinci dijalankan ke atas Jabatan Imigresen berikutan penggunaan pasport curi oleh penumpang misteri bagi menaiki pesawat MH370 yang hilang awal pagi Sabtu. Sebelum ini dilaporkan bahawa dua individu masing-masing dari Itali dan Austria yang tersenarai sebagai mangsa yang menaiki pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang didapati hilang dipercayai masih hidup dan tidak menaiki pesawat berkenaan.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Itali, tiada rakyatnya menaiki pesawat itu, sebaliknya Luigi Maraldi, 37, disahkan tidak berada di dalam pesawat penumpang tersebut. Sebuah akhbar Itali, Corriere Della melaporkan bahawa pasport milik Maraldi dipercayai hilang di Thailand pada Ogos lalu. Sementara itu, seorang warga Austria, Christian Kozel, 30, yang turut dilaporkan menaiki pesawat tersebut, dilaporkan selamat.
P/S ~ Siasat jangan tak siasat. Kalau didapati ada pegawai-pegawai Imigresen yang terlibat, memang patut di hukum kerana ianya melibatkan nyawa orang dan dikira tak amanah di dalam menjalankan tugas mereka. Sambil itu, marilah sama-sama kita berdoa agar semua penumpang-penumpang MH370 selamat. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

4 comments:

  1. Minta jabatan keselamatan siasat juga akaun twitter, sms dan apa sahaja akaun pilot Zaharie b. Ahmad Shah. Mungkin dapat klu dan panduan untuk mencari. Inilah pirasat yang saya dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~S.A.Hamid,

      Pihak yg berkenaan sedang mencuba apa yg termampu. Insyallah, akan terjawab juga akhirnya. Maka, mari kita sama2 berdoa agar semua penumpang dlm pesawat MH370 selamat. Aminnn!

      Delete
  2. simpan saja pirasat kamu tu...boleh tak jangan memekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~zulkifli hitam,

      Salam bro. Jgn cakap mcm tu. Bro kita tu hanya memberi cadangan. Mungkin juga boleh diterima pakai. Insyallah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...